50% menganggap dokumen ini bermanfaat (8 suara)
38K tayangan7 halaman

Mengatasi Rasuah: Punca dan Langkah

Tiga punca utama berlakunya rasuah ialah kelemahan peribadi, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi, serta pengaruh sosial dan budaya masyarakat. Rasuah boleh merosakkan pentadbiran negara dan menyebabkan kerosakan ekonomi. Langkah mencegah rasuah perlu meliputi peningkatan iman, pendidikan anti-rasuah, serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.

Diunggah oleh

emmawar
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd
50% menganggap dokumen ini bermanfaat (8 suara)
38K tayangan7 halaman

Mengatasi Rasuah: Punca dan Langkah

Tiga punca utama berlakunya rasuah ialah kelemahan peribadi, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi, serta pengaruh sosial dan budaya masyarakat. Rasuah boleh merosakkan pentadbiran negara dan menyebabkan kerosakan ekonomi. Langkah mencegah rasuah perlu meliputi peningkatan iman, pendidikan anti-rasuah, serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.

Diunggah oleh

emmawar
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Karangan Rasuah.

Faktor-faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan
konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu.
Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi
masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu
terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang
melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai
bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena
sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk
menanganinya.

Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem
pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela
kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian
tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan
daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem
pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang
untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya
satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita
yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat
yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah
dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka
menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu
kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya
pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular
secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan
gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan
undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu
rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada
pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah
memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk
menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak
tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih
mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara.
Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal
dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang
rasuah ini kepada masyarakat kita.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah
pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani
kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa
mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak
tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang
menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini.
Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi
satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya.
Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa
memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman
yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi
satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media
massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua
khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan
melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat
berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi
berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah
ini.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di


sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha
menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan
seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan
kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara
daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya
menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan
berkesan.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan
dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap
rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya.
Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang
begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep
mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus
berkubur dalam tempat yang sepatutnya. 
Punca Berlakunya Rasuah

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. 


Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga
dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization”
oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia
asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin
cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah
keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. 


Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap
menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. 


Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan
benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan
dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah
melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. 
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan
memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh.
Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan
untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.

Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender.


Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan.
Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran,
melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan
menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik,
mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Kesan-Kesan Rasuah

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi
perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat
mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan.
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan
rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah
kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika
cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang
cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran
sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti
kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga
boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di
Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan
disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
Langkah-Langkah Mencegah Rasuah

Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :

• Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri


Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras
gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga,
atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat
menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan
mata.

• Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan


Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman
persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang
lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan
datang yang bebas daripada rasuah.

• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman


Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar
betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan
negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan
rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

• Memudahkan Urusan Menggunakan ICT


Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan
dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya
perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor
dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu
disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

KRITIKAN SASTERA

 Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan


sistematik.
 Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sediri.
 Pertimbangan dan penilaian terhadap karya –karya sastera akakn diperkuat
dengan alasan –alasan yang munasabah.

FUNGSI KRITIKAN SASTERA

1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan


itu.
2. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan
menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.
3. Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang
tidak baik.
4. Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan
karya sasteranya dengan pembaca.
5. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.
6. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat
membaca.

Jenis Lain Kritikan Sastera

 Kritikam mimetik – melihat karya sastera sebagai satu perimen alam.


 Kritikan prgmatik – melihat karya sastera sebagai alat yang boleh
 Kritikan ekspresif – melihat karya sastera sebagai alat bagi pengarang
menyatakan fikiran dan perasaannya

 Kritikan objektif – melihat karya sastera sebagai sesuatu yang istimewa yang
boleh berdiri sendiri.

KRITIKAN SASTERA DAN ILMU-ILMU LAIN 


 
BIDANG ILMU PENGGUNAAN MELAHIRKAN

 Sejarah   Kritikan sejarahan dan biografi 


 Sosiologi   Kritikan sosial dan Marxist 
 Psikologi   Kritikan psikologi, Freudian dan
mitos 
 Estetika
 Kritikan Formal
 

PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM KRITIKAN SASTERA

 Pendekatan moral
 Pendekatan sosiologi
 Pendekatan psikologi
 Pendekatan tipainduk
 Pendekatan struktur

Common questions

Didukung oleh AI

Menggunakan media massa secara holistik dalam kampanye anti-rasuah dapat memperkuat dampaknya dengan mencapai berbagai lapisan masyarakat. Media massa dapat digunakan untuk mempopulerkan aksi anti-rasuah melalui pemberitaan, iklan layanan masyarakat, dan konten edukasi yang dirancang dengan baik. Penyiaran yang konsisten dan persuasif tentang konsekuensi rasuah serta menghimbau komponen moral dapat membuat masyarakat berpikir dua kali sebelum terlibat dalam praktik rasuah .

Modenisasi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian memudahkan terjadinya rasuah karena adanya perlombaan untuk mendapatkan tender proyek yang marak. Ini mengarahkan kontraktor untuk melakukan rasuah sebagai jalan pintas untuk memenangkan proyek, mempercepat pembayaran, atau menghindari sanksi akibat kelalaian jadwal. Konsekuensinya, integritas projeck dipertaruhkan dan dapat mengarah pada implementasi proyek yang tidak efisien .

Penerapan nilai-nilai keagamaan dapat memperkuat karakter dan moral generasi muda, mengajarkan mereka untuk memahami bahaya rasuah dan pentingnya integritas sejak dini. Dengan memperkenalkan konsep moral dan agama mulai dari sekolah, dapat membangun keimanan yang kuat yang bertindak sebagai benteng dalam menolak tindakan rasuah, terutama ketika terpapar godaan di masa depan .

Penguatan jati diri dan keimanan individu berperan penting dalam menanggulangi fenomena rasuah karena dengan keimanan yang kuat, individu akan memiliki prinsip moral yang tegas sehingga enggan tergoda oleh tawaran rasuah. Jati diri yang kuat mengarahkan seseorang untuk mengutamakan integritas, meskipun peluang untuk melakukan korupsi ada di depan mata dan tidak diawasi .

Kelemahan dalam kepemimpinan dan manajemen organisasi sering kali menyebabkan berkurangnya pengawasan dan kurangnya kejelasan tugas. Hal ini membuka peluang untuk penyelewengan dan praktik rasuah karena tidak ada mekanisme kontrol yang ketat. Dalam situasi di mana pengawasan dan akuntabilitas kurang, individu dalam organisasi mungkin merasa lebih leluasa untuk memanfaatkan posisi mereka dalam melakukan tindakan korupsi .

Budaya rasuah dapat menyebabkan pemerintahan menjadi lemah dan ekonomi negara merosot. Ini terjadi karena rasuah menghakis kepercayaan masyarakat terhadap cerdik pandai dan merugikan pemerintah dari hasil yang seharusnya didapat dari pajak. Hal ini dapat menciptakan kekacauan administrasi dan masalah-masalah lanjutan seperti penurunan ekonomi dan pengabaian kesejahteraan masyarakat .

Persepsi bahwa rasuah adalah kebiasaan wajar dapat menimbulkan sikap apatis dan normalisasi terhadap tindakan tersebut, sehingga mempermudah penularannya. Tanpa ada rasa malu atau rasa bersalah, masyarakat akan lebih cenderung menganggap dan terlibat dalam rasuah sebagai bagian dari kehidupan sehari-hari, bahkan memandangnya sebagai kebutuhan untuk kelangsungan hidup, sehingga memperburuk integritas sosial secara keseluruhan .

Penggunaan ICT dalam birokrasi mempercepat dan menyederhanakan proses administrasi, yang dapat mengurangi peluang rasuah dengan merampingkan persyaratan dan meminimalisir interaksi manusia yang berpotensi untuk korupsi. Dengan sistem online yang transparan, sulit bagi individu untuk menyuap pihak berwenang karena semua transaksi dan prosedur bisa terlacak dan terdata secara elektronik, sehingga meningkatkan akuntabilitas dan transparansi .

Kelemahan sistem hukum, terutama dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal, memberikan motivasi bagi individu tertentu untuk mengambil risiko terlibat dalam rasuah. Ketika hukuman yang dijatuhkan dianggap ringan, dibandingkan dengan keuntungan yang didapat dari tindakan rasuah, ini memberikan pandangan negatif terhadap kemampuan sistem peradilan untuk memberantas rasuah, sekaligus menormalisasikan tindakan tersebut di masyarakat .

Ketelusan sistem pentadbiran publik dapat mencegah praktik rasuah dengan memastikan bahwa proses seperti pemberian tender dan proyek lainnya dilakukan secara jelas dan adil. Dengan adanya ketelusan, kesempatan untuk korupsi dapat diminimalkan karena semua pihak terlibat dapat mengakses informasi yang relevan dan mekanisme monitoring lebih efektif dalam mendeteksi ketidakberesan .

Anda mungkin juga menyukai