0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
282 tayangan2 halaman

Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin di Malaysia

Kedatangan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia telah menimbulkan berbagai masalah sosial dan ekonomi, termasuk meningkatnya jenayah, penyebaran penyakit, pencemaran lingkungan, dan pengurangan peluang pekerjaan bagi warga Malaysia. Pemerintah perlu mengambil tindakan yang tegas untuk mengatur arus pendatang asing agar dapat meminimalkan gangguan terhadap masyarakat setempat.

Diunggah oleh

Nur Adriana Syamimi
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
282 tayangan2 halaman

Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin di Malaysia

Kedatangan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia telah menimbulkan berbagai masalah sosial dan ekonomi, termasuk meningkatnya jenayah, penyebaran penyakit, pencemaran lingkungan, dan pengurangan peluang pekerjaan bagi warga Malaysia. Pemerintah perlu mengambil tindakan yang tegas untuk mengatur arus pendatang asing agar dapat meminimalkan gangguan terhadap masyarakat setempat.

Diunggah oleh

Nur Adriana Syamimi
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat.

Projek pembangunan raksasa


berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan
timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang
asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang
banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras
kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen
terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern
tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan
mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar
balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan
banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan
pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini
merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka
melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal
mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan,
pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa.
Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang
panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes
penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa
lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun
Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah
akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat
demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka.
Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit
kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan
bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing
tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka
secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah
perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah
kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan
mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem
pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku.
Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan
setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan
pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan
perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah
pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah
kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita
sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak
antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual
barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi
kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita
jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil
kepada rakyat kita.

Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka,
terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani
masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai