CONTOH-CONTOH SURAT RASMI:
Contoh 1:
Akademi Pengajian Bahasa
Academy of Language Studies
Surat Kami
Tarikh
:
:
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor,MALAYSIA.
Tel: (+603) 5544 2400/2402 Faks: (603)
5544 2493
[Link]/pb/
100-APB.(PT.9/5)
16 Ogos 2005
PUAN ZAEMAH SUKAIMI
Timbalan Pendaftar
Pejabat Canseleri
UiTM Shah Alam
Puan,
CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM IN-COUNTRY UNTUK PELAJAR PENGAJIAN
MELAYU, REGIONAL STUDIES, UNIVERSITI WALAILAK THAILAND OLEH AKADEMI
PENGAJIAN BAHASA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Bersama ini disertakan kertas cadangan memohon kelulusan Jawatankuasa Eksekutif UiTM
bagi membolehkan Akademi Pengajian Bahasa (APB), menjalankan program seperti yang
dinyatakan di atas.
Untuk maklumat puan, usaha sama antara Universiti Teknologi MARA dan Universiti Walailak
telah berjalan sejak tahun 2001 (maklumat lanjut seperti dalam kertas cadangan).
Bagi merealisasikan usaha sama tersebut, Universiti Walailak bercadang menghantar 23 orang
pelajar mereka ke Universiti Teknologi MARA pada pertengahan Disember 2005 bagi mengikuti
kursus Bahasa Melayu.
Sehubungan itu, Akademi Pengajian Bahasa memohon jasa baik puan untuk membawa kertas
cadangan ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UiTM.
DEKAN Prof. Madya Datin Dr Hajibah Osman (2400) TIMBALAN DEKAN (SUMBER DAN PELAJAR) Prof. Madya Dr Saidatul Akmar Zainal Abidin (2402) TIMBALAN
DEKAN (KUALITI DAN PENYELIDIKAN) Prof. Madya Dr. Naimah Abdullah (2484) KETUA PROGRAM SARJANA MUDA (EPC) [Link] Dr. Hj. Ahmad Mazli
Muhammad (2486) KETUA PROGRAM (BMKP) [Link] Ida Ramli (2456) KOORDINATOR JABATAN BAHASA INGGERIS (PENGURUSAN) Dr Aini Akmar Mohd Kassim
(2403) KOORDINATOR JABATAN BAHASA INGGERIS (AKADEMIK) Prof. Madya Zarina Suriya Ramlan (2498) KOORDINATOR JABATAN BAHASA ASIA & EROPAH
(AKADEMIK) Dr. Muhammad Arsyad Abdul Majid (2404) KOORDINATOR JABATAN BAHASA ASIA & EROPAH (PENGURUSAN) Haslinda Md Isa (2406)
KOORDINATOR JABATAN PENGAJIAN MELAYU Dr. Norizah Ardi (2401) KOORDINATOR UNIT PENYELIDIKAN & PERUNDINGAN (URDC) Dr. Megawati Omar
(2436) KOORDINATOR IT Mohammad Radzi Manap (2486) KOORDINATOR PROGRAM USAHASAMA Marina Ismail (03-55225223) KOORDINATOR PAKEJ KHAS
BAHASA (2470) KOORDINATOR KURSUS KEMAHIRAN BAHASA Doreen Azlina Ab Rahman (2485) KOORDINATOR PLK Noraizah Abd. Aziz (2407) PENOLONG
PENDAFTAR (PENTADBIRAN) Bosirah Daud (2409) PENOLONG PENDAFTAR (AKADEMIK) Rahim Sajari (2457) PEGAWAI EKSEKUTIF (AKADEMIK JBI) Afidah
Mudzamil (2707) PEGAWAI EKSEKUTIF (AKADEMIK JBAE) Rumiton Selamat (2495) PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) Nor Azliana Norli (2496)
Perhatian segera puan terhadap perkara ini amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
PROF. MADYA WAN LATIFAH WAN ARIFIN
Dekan
s.k.
1. Timbalan Dekan (JPM, JBAE dan Pengantarabangsaan)
2. Koordinator Perhubungan Industri Antarabangsa
3. Koordinator JPM
Contoh 2:
Akademi Pengajian Bahasa
Academy of Language Studies
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor,MALAYSIA.
Tel: (+603) 5544 2400/2402 Faks: (603)
5544 2493
[Link]/pb/
Surat Kami: 600-APB2/2/1
Tarikh:
8 November 2005
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
Dengan ini disahkan bahawa Pn. Norhazlina Husin (No. Pekerja :185462) adalah kakitangan Universiti
Teknologi MARA. Beliau kini sedang berkhidmat di Universiti Walailak, Nakhorn Sri Thammarat Thailand
melalui program pertukaran pensyarah antara kedua-dua universiti yang berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
(PROF. MADYA WAN LATIFAH WAN ARIFFIN)
Dekan
S.k.
1. Timbalan Dekan (BM, BAE & Pengantarabangsaan)
2. Koordinator JPM
Contoh 3:
Universiti Teknologi MARA
Akademi Pengajian Bahasa
40450 Shah Alam, Selangor,MALAYSIA.
Academy of Language Studies
Tel: (+603) 5544 2400/2402 Faks: (603) 5544 2493
[Link]/pb/
Surat Kami: 600-APB2/8/2
Tarikh:
17 Mei 2005
Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Pengurusan Perjawatan
Pejabat Pendaftar
UiTM
Puan
MEMOHON PELANTIKAN PENSYARAH CIK SALIZA ISMAIL
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sehubungan itu, mohon jasa baik pihak tuan melantik Cik Saliza Ismail, yang merupakan Tenaga
Pengajar Muda (TPM) sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa.
Perkhidmatan beliau diperlukan bermula sesi Julai-November 2005.
Bersama-sama ini disertakan Beban Amanah Tugas Akademik (ATA) beliau bagi sesi Julai-November
2005.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
PROF. MADYA WAN LATIFAH WAN ARIFFIN
Dekan
S.k.
1. Timbalan Dekan (BM, BAE & Pengantarabangsaan)
2. Koordinator JPM
Surat Kami
: 500-APB (PT.17/5)
Tarikh
: 5 April 2007
Dato Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah
Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam, Selangor
Yang Berbahagia Dato Seri
PERMOHONAN PERUNTUKAN TABUNG AMANAH BAGI MENGADAKAN
BENGKEL PENAMBAHBAIKAN DOKUMEN ISO 9001:2000
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Pengajian Bahasa bercadang untuk
mengadakan bengkel yang tersebut di atas. Tujuan bengkel ini ialah sebagai
persediaan untuk audit pembaharuan pensijilan ISO 9001:2000 dan untuk
meneruskan usaha-usaha penambahbaikan.
Bengkel tiga hari ini akan diadakan pada :
Tarikh:
16 18 April 2007 (Isnin -Rabu)
Masa:
8.00 pagi 5.00 petang
Tempat :
Bilik Cendekia, Intekma Resort & Convention Centre,
Shah Alam
Untuk makluman Yang Berbahagia Dato Seri, kami telah membuat pindaan kepada
kertas cadangan bengkel ini. Pihak Intekma Resort tidak dapat menyediakan bilik
bengkel untuk tarikh asal iaitu pada 6-7 April 2007. Bengkel ini juga telah
dilanjutkan kepada tiga hari (3) untuk membolehkan kerja-kerja semakan dokumen
tambahan, seperti yang telah diarahkan oleh pihak Pengurusan Kualiti Akademik
Bahagian HEA. (Rujukan surat : 600-HEA(12/1) bertarikh 27 March 2007) dilakukan.
Sehubungan dengan itu, bagi mengadakan bengkel di atas, peruntukan yang
dipohon ialah sebanyak RM 6,260.00 (Ringgit Malaysia : Enam Ribu Dua Ratus Enam
Puluh Ringgit sahaja).
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Dato Seri, baki Akauan Tabung Amanah APB
kini adalah seperti di bawah :
i) Am
RM 20,000.00
5
ii) Program : a) Kursus Kemahiran Bahasa = RM 280,000.00
b) Pakej Khas Bahasa
RM 250,000.00
Pihak kami amat berharap Yang Berbahagia Dato Seri akan meluluskan
permohonan APB untuk mengadakan bengkel tersebut di Intekma Resort &
Convention Centre. Bersama-sama ini disertakan kertas cadangan permohonan
peruntukan bengkel untuk makluman Yang Berbahagia Dato Seri.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar
b.p.
(PROF. MADYA WAN LATIFAH WAN ARIFFIN)
Dekan
Disertakan
Mac 2013
1.11.2006 1/11/2006