0% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
69 tayangan1 halaman

Panduan Baiki Kipas Rosak Sendiri

Lima buah kipas jauh rosak ketika pindah rumah baru. Membeli kipas baru akan menelan belanja hampir RM1k. Penulis membuka litar kawalan kipas dan mendapati masalah disebabkan kapasitor hitam atau kuning. Dengan mengganti kapasitor rosak dengan harga RM11 setiap satu, masalah dapat diselesaikan dengan belanja hanya RM55.30, jimat hampir RM1k.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

BAIKI KIPAS ROSAK

Bismillah hirRahmanir Rahim

Semasa pindah rumah baru-baru ini, tiba-tiba sebanyak 5 biji kipas kawalan jauh rosak (gambar 1). Semua kipas
yang ada sebanyak 11 buah.
Membeli 5 biji kipas baru sebagai ganti memerlukan hampir atau lebih RM1k!!
Saya membuka litar elektronik kawalan utama bahagian menerima (receiver) kipas tersebut.
A. Alhamdulillah board utama litar (gambar 2) tidak terbakar. Motor kipas pula sangat susah untuk rosak.
Maka ada dua kemungkinan besar.
1. Jika kipas berpusing tetapi sangat perlahan:
Maka ia disebabkan oleh kapasitor hitam (gambar 3). Kipas saya menggunakan 2uF. Mempunyai wayar hitam dan
merah bermakna ada +ve dan -ve.
2. Jika kipas tidak berpusing dan ada bunyi "tettt" ketika kawalan jauh ditekan:
Ia disebabkan oleh kapasitor kuning (komponen warna kuning gambar 2). Kipas saya guna 1.5uF. Kapasitor jenis ini
mempunyai kaki yang perlu disolder. Tiada +ve dan -ve bermakna mana-mana arah kaki boleh disambung.
B. Jika papan litar utama terbakar, boleh hubungi pembekal dan harga litar kawalan itu sekitar RM50-70 sahaja.
Kes ke lima-lima biji kipas saya adalah kes ke-2. Lihat kod kapasitor dan juga rating ketika ingin membeli di kedai
elektronik atau kedai pembekal komponen elektrikal.
Saya membeli 5 biji kapasitor dan menukar sendiri semua kapasitor kuning tersebut. Saya mencari kapasitor 1.5uF
tetapi tiada. Jadi saya guna 1uF. Juga boleh dan tiada masalah.
Alhamdulillah semuanya kembali berfungsi seperti biasa.
Harga kapasitor yang saya beli adalah RM11 sebiji. Boleh dapat lagi murah serendah RM5-10 sahaja.
Saya hanya perlu mengeluarkan RM55.30 (termasuk GST) untuk menyelesaikan perkara ini. Alhamdulillah jimat
RM1k.
****
Benarlah.... Takdir Allah bersama masa dan ilmu.
Ketika Allah menetapkan takdir untuk kita, ditetapkan takdir-takdir itu bersama takdir masa dan takdir ilmu.
Terima Kasih ya Allah... Terima kasih. Alhamdulillah

Anda mungkin juga menyukai