ANALISIS KES: PENGAPLIKASIAN
PERUNDANGAN BERKAITAN MIGRASI
UNDANG-UNDANG MIGRASI
UUUK 6335
NAMA PELAJAR: ASMA BINTI BHARUN NAROSID
NO. MATRIK: P 77970
NAMA PENSYARAH: DR. ROHANI ABDUL RAHIM
PENDAHULUAN
Akibat dari perkembangan ekonomi dan kepesatan pembangunan di
Malaysia, ia menjadi salah satu faktor kepada berkembangnya peluang
perkerjaan
yang
warganegara
lain,
luas.
Ini
malahan
bukan
sahaja
adanya
peluang
peluang
pekerjaan
warganegara
kepada
Malaysia
mendapatkan perkerjaan di negara lain. Ini berlaku disebabkan pertukaran
profesion dan perkhidmatan bagi mendapatkan suatu hasil kerja yang baik.
Selain itu, beberapa faktor yang lain yang membawa kepada kebanjiran
migrasi
antarabangsa
sama
ada
yang
masuk
dengan
menggunakan
dokuman yang sah dan yang masuk tanpa menggunakan dokumen yang
sah.
Faktor yang paling utama ialah dari sudut ekonomi. Kestabilan ekonomi di
sesebuah negara membuka banyak peluang pekerjaan dan wujudnya
pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi. Bagi migrasi, faktor pendorong
dari sudut gaji kemungkinan dari pertukaran mata wangnya yang besar
daripada negara asalnya.
Selain itu, krisis ekonomi yang berlaku di negara asal turut membuatkan
berlakunya migrasi antarabangsa, di mana mereka mencari peluang
pekerjaan di negara yang stabil ekonominya. Pembangunan ekonomi yang
pesat akan tetapi wujudnya kekangan dari sudut tenaga buruh yang
menyebabkan keperluan kepada tenaga buruh yang ramai.
Selain dari faktor ekonomi, faktor sosial turut menyumbang kepada
kebanjiran migrasi antarabangsa. Antaranya ialah budaya serumpum,
hubungan persaudaraan yang telah wujud, dasar kerajaan, dasar untuk
meningkatkan sektor pertanian ( buruh diperlukan) dan adanya MOU dan
hubungan diplomatik.
Dari faktor politik pula, antaranya ialah letakan berhampiran serta jarak
dekat, ketidakstabilan politik negara asal, bencana alam dan sebagainya.
Adakalanya kebanjiran ini memberikan kesan yang positif, iaitu penawaran
buruh
ramai
dapat
meningkatkan
pengeluaran
negara,
menjana
pembangunan ekonomi lebih rancak, dan dapat memanipulasi serta
membangunkan sektor ekonomi yang memerlukan banyak tenaga kerja
seperti sektor pertanian, pembangunan perumahan dan bandar.
Akan tetapi kesan negatifnya turut memberi impak kepada negara kita,
banyaknya berlaku masalah sosial (jenayah), kesesakan lalulintas, setinggan
yang dihuni pendatang asing, pencemaran dan kesihatan (wabak).
Bagi mengawal kesan-kesan negatif ini dan kebanjiran migrasi ke Malaysia,
beberapa perundangan telah digubal dan dikuatkuasakan. Bagi mengawal
kemasukan warga asing, Akta Imigresen 1959 telah diperkenalkan. Akta ini
bertujuan untuk mengawal selia kemasukan ke dan perlepasan dari
Malaysia. Akta ini ditadbir oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian
Dalam Negeri. Di mana , majikan perlu memastikan yang perkerja bukan
warganegara mempunyai pas yang sah. Akta ini juga mentafsirkan migrasi
secar ringkasnya ialah seseorang yang disifatkan memasuki Malaysia apabila
tiba melalui daratan, laut atau udara. Warganegara Malaysia mempunyai hak
untuk memasuki Malaysia tanpa perlu mendapatkan permit atau pas.1
Akta-akta lain di Malaysia juga masih terpakai atau berkuatkuasa keatas
mereka
yang
bukan
warganegara
Malaysia.
Contohnya
seperti
Akta
Perkerjaan 1955, Akta Perhubungan Industri 1967, Kanun Keseksaan
malahan Perlembagaan Persekutuan sendiri adalah berkuatkuasa keatas
mereka yang bukan warganegara . Akta-akta ini dapat menjaga hak mereka
yang bukan warganegara dan juga dapat mengadili mereka di mahkamah.
Akta
yang
terbaharu
iaitu
Akta
Antipemerdagangan
Orang
dan
Antipenyeludupan Migran 2007. Akta ini bertujuan untuk membasmi masalah
pemerdagangan
manusia
yang
melibatkan
warganegara
dan
bukan
warganegara.
PERTAMA:
NACAP Asia Pacific Sdn Bhd lwn Jeffrey Ronald Pearce and Anor
(2010) MLJU 1128.
1 [Link]
Kes ini adalah kes rayuan yang dibuat oleh Perayu iaitu syarikat NACAP Asia
Pacific Sdn Bhd atas keputusan yang buat oleh Mahkamah Industri atas
tuntutan Responden, Jeffrey Ronald Pearce.
Responden adalah seorang warganegara Australia yang yang berkerja di
Thailand
sebagai
pengurus.
Syarikat
induk
Responden
bertempat
di
Malaysia. Responden telah dibayar gaji dengan matawang Thailand dan
Responden juga membayar cukai yang diwajibkan oleh Kerajaan Thailand.
Pada tahun 2004, Responden telah menandatangani perjanjian dengan
Perayu, sebuah syarikat di Malaysia, dan membolehkan Responden berkerja
di Malaysia.
Isunya mula timbul apabila Perayu mendakwa bahawa perjanjian perkerjaan
yang ditandatangani oleh Responden dan Perayu adalah tidak sah dan
menyalahi polisi awam Malayisa. Dimana Perayu menyatakan bahawa
Responden adalah bukan warganegara Malaysia dan Responden hanya
dibenarkan masuk ke Malaysia sebagai pelancong. Dan ini menyebabkan
Responden terikat dengan polisi awam Malaysia yang menyatakan bahawa
pelancong tidak boleh memasuki apa-apa perjanjian tanpa persetujuan dari
Pihak Berkuasa Imigresen. Responden mendakwa dirinya telah digajikan oleh
Perayu pada awal beliau ditempatkan di Thailand.
Pada tahun 2005, Responden telah dibuang kerja dengan notis yang
menyatakan pretasi kerja Responden adalah tidak bagus. Responden telah
mengadu hal tersebut kepada Pegarah (Director Manager) dan Kementerian
Sumber Manusia Malaysia. Dan satu tuntutan telah dibuat oleh Responden di
Mahkamah Industri Malaysia. Dan tuntutan tersebut telah diterima dan
diluluskan oleh Tuan Hakim Mahkamah Industri.
Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, telah merayu di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan membawa dua isu penting. Isu
tersebut ialah :
1. Sama ada Mahkamah Industri mempunyai bidangkuasa mendengar
tuntutan Responden.
2. Sama ada perjanjian perkerjaan yang ditandatangani oleh Perayu dan
Responden adalah sah atau bertentangan dengan polisi awam.
Dalam menjawab
isu pertama
ini adalah
berhubung
dengan
status
kewarganegaraan Responden. Dalam erti kata yang lain, adalah Mahkamah
Industri
mempunyai
bidangkuasa
mendengar
tuntutan
dari
bukan
warganegara Malaysia. Dalam kes ini, Responden adalah warganegara
Australia.
Dalam menjawab isu pertama,
hakim berpendapat bahawa, apabila
seseorang pekerja warga asing berkerja untuk sebuah syarikat di sebuah
negara yang berlainan dengan syarikat tersebut, dan beliau telah dibayar
gaji dengan matawang negara tersebut serta beliau membayar cukai yang
diwajibkan oleh negara tersebut, maka beliau terikat dengan undang-undang
dinegara tersebut.
Seperti yang berlaku keatas Responden, dimana beliau telah memasuki
perjanjian perkerjaan di Malaysia, dan bekerja di Malaysia, beliau terikat
dengan undang-undang di Malaysia. Maka Mahkamah Industri mempunyai
bidangkuasa untuk mendengar tuntutan dari perkerja warga asing yang
berkerja di Malaysia. Seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perkerja 1968
yang melarang pekerja bukan warganegara Malaysia kecuali mereka yang
mempunyai permit pekerjaan yang sah.
Isu kedua pula iaitu sama ada perjanjian perkerjaan diantara Perayu dan
Responden sah atau bertentangan dengan polisi awam di Malaysia.
Hakim berpandangan seperti yang dinyatakan dalam menjawab isu pertama,
di mana Responden dianggap sebagai perkerja sah di Malaysia, dan layak
diadili dengan undang-undang Malaysia di dalam mahkamah di Malaysia. Ini
bermakna perjanjian tersebut adalah sah kerana Responden mempunyai
permit perkerjaan yang sah untuk berkerja di Malaysia dan bukannya
sebagai pelancong. Hakim juga menggunakan pengiktirafan yang dibuat
dibawah Akta Pekerja 1968 yang menyatakan bahawa perjanjian perkerjaan
diantara Perayu dan Responden adalah sah.
Disamping itu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam mendengar
rayuan ini, menyatakan pendapatnya dengan mengambil Artikel 9 ILO
Pekerja Asing yang menyatakan mengenai polisi pekerja asing,
Without prejudice to measures designed to control movements of migrants
for employment by ensuring that migrant workers enter national territory
and are admitted to employment in conformity with the relevant laws and
regulations, the migrant worker shall, in cases in which these laws and
regulations, the migrant worker shall, in cases in which these laws and
regulations have not been respected and in which his position cannot be
regularized, enjoy equality for himself and his family in respect of rights
arising out of past employment as regards remuneration, social security and
other benefits.
Malaysia sebagai salah satu negara yang mengikut konvensyen ILO turut
meraikan polisi yang berbentuk keadilan kepada pekerja asing.
Maka Mahkamah memutuskan bahawa rayuan Perayu ditolak.
ANALISIS KES PERTAMA
Dalam kes ini, memperlihatkan seorang perkerja warga asing yang berkerja
di sebuah syarikat di Malaysia yang telah ditindas kepentingannya, dimana
beliau telah dibuang kerja dengan notis. Akan tetapi notis tersebut tidak
dapat diperkukuhkan dengan bukti dari pihak Perayu apabila dibawa ke
Mahkamah [Link] pekerja ini juga dipersoalkan apabila
beliau ingin mendapatkan keadilan di mahkamah di Malaysia.
Jelas dengan pandangan dari Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang
memperlihatkan bahawa undan-undang pekerja di Malaysia iaitu Akta
Pekerja 1955 dan Akta Perhubungan Industri 1967 turut berkuatkuasa
terhadap pekerja asing. Akta ini melindungi pekerja asing di Malaysia dari
penindasan oleh majikan dan juga pembentian kerja yang tidak adil seperti
dalam kes ini.
Akta Perhubungan Industri 1967 adalah mengenai peraturan berkaitan
perhubungan di antara majikan dan pekerja dan kesatuan sekerja mereka,
pengelakan dan penyelesaian berikutan apa-apa perbezaan atau pertikaian
yang timbul dari perhubungan antara pihak yang terlibat dan pertikaian kerja
dan hal-hal yang berbangkit dari perkara tersebut. Di bawah Akta ini juga,
telah digariskan hak-hak pekerja, ini termasuklah pekerja asing. Antaranya
ialah majikan tidak boleh mencampuri, menghalang atau memaksa dalam
penyempurnaan hak-hak ini ( ini termasuk ugutan, pemberhentian pekerja,
diskriminasi atau keengganan untuk menggaji atau menaikkan pangkat dan
sebagainya).2
Perkerja asing ditakrifkan bawah seksyen 2 Akta Perkerjaan 1955 sebagai
pekerja yang bukan warganegara, sementara kakitangan domestik asing
merujuk kepada kakitangan domestik yang bukan warganegara atau
penduduk tetap.3 Secara umunya ialah pekerja yang bukan rakyat tempatan
dan tidak mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.
2 [Link] (2001), Undang-Undang Buruh Malaysia, Pelanduk Publication:
Selangor, h. 124.
3 Siti Zaharah Jamaluddin (2013), Undang-Undang Pekerjaan Di Malaysia:
Perbincangan Kes-Kes, Penerbitan Universiti Malaya : Kuala Lumpur, h.13.
Hakim juga telah menggunakan polisi pekerja asing yang dikuatkuasakan
oleh ILO dalam menjaga kepentingan dan kesaksamaan pekerja asing di
Malaysia.
KES KEDUA:
Foo Toon Aik lwn Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian (2012) 9
MLJ 573
Kes ini adalah kes mengenai tuntutan status kewarganegaraan anak hasil
dari perkahwinan antara warganegara Malaysia dan bukan warganegara
Malaysia
Pemohon,
seorang
rakyat
Malaysia
berkahwin
dengan
wanita
Siam
('Ngamta') malangnya perkahwinan tersebut tidak didaftar sama ada di
Thailand atau di Malaysia. Sehingga mereka dikurniakan seorang kanakkanak bernama Foo Shi Wen yang dilahirkan di Malaysia. Sijil kelahirannya
menyatakan dia sebagai bukan warganegara. Dia sepanjang masa berada
dibawah jagaan bapa kandungnya, Pemohon dan neneknya di Kuala Lumpur.
Hubungan di antara Pemohon dan isteri putus dan Ngamta pulang ke
Thailand, dan secara sukarela melepaskan hak jagaan anak tersebut kepada
Pemohon. Pemohon kemudiannya memohon dan memperolehi perintah
pengambilan
anak
angkat
kanak-kanak
tersebut
berikutan
Akta
Pengangkatan 1952 ('Akta'). Kemudiannya Pemohon memohon kepada
Jabatan Pendaftaran Negara untuk sijil kelahiran baru untuk dikeluarkan
kepada Foo Shi Wen. Sijil baru dikeluarkan kepada kanak-kanak tersebut
dengan status kerakyatannya sebagai bukan warganegara. Pemohon oleh itu
memulakan permohonan semakan kehakiman ini memohon untuk perintah
certiorari untuk membatalkan keputusan Responden. Permohonan tersebut
juga memohon untuk perisytiharan bahawa, Foo Shi Wen adalah rakyat oleh
kuat kuasa undang-undang berikutan perintah pengambilan anak angkat di
bawah Akta tersebut. Isu-isu utama yang berbangkit untuk diputuskan
adalah:
(i)
sama ada kanak-kanak tersebut layak untuk menjadi rakyat oleh kuat
(ii)
kuasa undang-undang.
sama ada perintah pengambilan anak angkat mencukupi untuk
melayakkan anak angkat sebagai rakyat oleh kuat kuasa undangundang
(iii)
di
bawah
Perkara
14(1)(b)
Perlembagaan
Persekutuan
('Perlembagaan).
sama ada writ mandamus boleh dikeluarkan terhadap Responden
untuk mendaftarkan kanak-kanak sebagai rakyat akibat daripada
perintah pengambilan anak angkat tersebut.
dalam memutuskan sama ada seseorang itu memegang status sebagai
warganegara Malaysia atau tidak, perlu dirujuk kepada undang-undang
tertinggi di Malaysia iaitu Perlembangaan Persekutuan. Kewarganegaraan
merujuk kepada Perkara 14 Perlembagaan:
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian ini, orang-orang yang
berikut adalah warganegara dengan cara kuatkuasa undang-undang, iaitu :
(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia dan ianya adalah
seorang warganegara
Persekutuan
menurut peruntukan-peruntukan
yang terkandung dalam Bahagian 1 Jadual Kedua; dan
(b)tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan ianya ada
mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam
Bahagian 2 Jadual Kedua.
Sebelum seseorang boleh layak sebagai rakyat oleh kuat kuasa undangundang, dia mesti dilahirkan kepada ibu bapa sah di bawah Perkara 14
Perlembagaan. Perkataan 'parent' atau ibubapa di dalam Perkara 14 (dalam
Bahagian 2) mesti merujuk kepada ibubapa yang sah. Sah disini bermaksud
hubungan suami isteri dalam perkahwinan yang didaftarkan. Kanak-kanak di
sini tidak layak mendapat status kerakyatan Malaysia oleh kuat kuasa
undang-undang kerana dia dilahirkan bukan daripada ibu bapa sah.
Penekanan terhadap keperluan di bawah perkara 14 mestilah diletakkan ke
atas status kelahirannya kerana perkara 14 jelas merujuk kepada memenuhi
syarat-syarat yang diperlukan pada masa kelahirannya. Ia tidak dapat
dipertikaikan bahawa status kelahirannya tidak melayakkan dia menjadi
rakyat oleh kuat kuasa undang-undang.
Tidak terdapat penyataan spesifik atas implikasi perintah pengambilan anak
angkat atas isu kerakyatan seseorang di bawah Akta tersebut. Undang-
undang tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara-perkara kerakyatan
anak angkat. Tanpa apa-apa peruntukan nyata dalam undang-undang untuk
menyatakan
bahawa
perintah
pengambilan
anak
angkat
mempunyai
implikasi ke atas kerakyatan anak angkat, implikasi sedemikian tidak
dinyatakan di dalam undang-undang.
Dengan melihat kepada pandangan Hakim, maka diputuskan, menolak
permohonan tanpa perintah kepada kos.
ANALISIS KES KEDUA
Walaupun kanak-kanak di dalam kes ini berhadapan dengan halangan
perlembagaan untuk melayakkan dia sebagai rakyat oleh kuat kuasa
undang-undang,
terdapat
peruntukan-peruntukan
lain
di
dalam
Perlembagaan yang mungkin melayakkan dia untuk menjadi rakyat Malaysia.
Perkara 15A Perlembagaan mungkin adalah penyelesaian yang mungkin.
Peruntukan ini tidak menyatakan apa-apa syarat dan akan menjadi
peruntukan yang wajar untuk Responden melaksanakan kuasa budi bicara.
Perkara 15A memperuntukan:
tertakluk kepada Perkara 18, Kerajaan Persekutuan boleh, dalam sesuatu
hal keadaan khas yang difikirnya patut, mengarahkan supaya seseorang
yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun didaftarkan sebagai
warganegara.
Perkara yang ingin dinyatakan ialah, nasib anak yang dilahirkan oleh
pasangan yang salah seorangnya bukan warganegara Malaysia. Jelas dari
pandangan Hakim Mahkamah Rayuan seperti yang diperuntukan oleh
Perkara 14 Perlembangan Persekutuan, selagi mana perkahwinan itu
didaftarkan, dimana ibubapa adalah sah, maka anak tersebut memegang
status kewarganegaraan Malaysia.
Mengikut
undang-undang
antarabangsa,
sesebuah
negara
boleh
membezakan warganegaranya dengan warga asing. Akan tetapi perbezaan
layanan adalah ditegah sekiranya layanan yang diberikan kepada warga
asing adalah tidak sesuai dengan darjah perikemanusiaan. Begitu juga
dengan layanan yang membeza-bezakan orang asing atas sebab negara
mereka.4
Dalam kes kedua ini, kewarganegaraan dipohon untuk anak Pemohon.
Perkahwinan adalah salah satu faktor yang membolehkan seseorang itu
mendapat kewarganegaraan. Dalam Perlembagaan, seseorang wanita warga
asing yang telah menjadi isteri kepada warganegara Malaysia, boleh
membuat permohonan supaya didaftarkan sebagai warganegara 5. Begitu
juga dengan anak yang lahir hasil dari perkahwinan tersebut. Akan tetapi
pendaftaran sebagai menjadi warganegara boleh dilakukan jika perkahwinan
4 Mohd Salleh Abas (1929), Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan Di Malaysia,
Dawama Sdn Bhd: Selangor, h.260.
5 Ibid, h 271.
itu telah didaftarkan menurut undang-undang yang berjalan kuatkuasanya
dalam Persekutuan.
KES KETIGA
Lui Ah Yong lwn Superintenden Of Prison, Penang (1977) 2 MLJ 226
Kes ini adalah mengenai kes tahanan Pemohon, Lui Ah Yong yang telah
memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah dan beliau telah menetap di
Malaysia selama 9 tahun sebelum berjaya ditahan oleh pihak Imigresen.
Pemohon telah mengutarakan isu utama iaitu sama ada penahanan yang
dibuat keatasnya berdasarkan kepada Akta Imigresen 1959 adalah sah atau
tidak. Ini bersangkutan dengan kebebasan diri yang diperuntukan di bawah
Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Pemohon telah memohon habeas
corpus supaya beliau boleh dilepaskan dari tahanan di Penjara Pulau Pinang.
Perkara 5(1) memperuntukan:
Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan
dirinya kecuali menurut undang-undang
Manakala bagi Perkara 5(2) memperuntukan:
Jika pengaduan dibuat di Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana hakim
Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan
menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat
pengaduan itu dan, melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah
di sisi undang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu
dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
Perkara 5(2) adalah satu peruntukan yang penting dimana peruntukan ini
memberi ruang kepada pihak-pihak yang ditahan secara tidak sah memohon
habeas corpus di Mahkamah Tinggi, seperti yang dilakukan oleh Pemohon
dalam kes ini.
Pemohon telah ditahan di bawah seksyen 34(1) Akta Imigresen 1959.
Seksyen ini memperuntukan:
Sekiranya mana-mana orang diperintahkan supaya dipindahkan daripada
Malaysia di bawah Akta ini, maka orang tersebut boleh ditahan dalam jagaan
untuk tempoh tertentu sabagaimana yang perlu bagi maksud membuat
perkiraan untuk pemindahannya:..
Hakim dalam kes ini berpendapat bahawa tahanan yang diperuntukan di
bawah seksyen 34(1) Akta Imigresen 1959 adalah bersifat sementara dan
bukannya secara berterusan ini adalah bertujuan untuk memindahkan
seseorang yang ditahan ke luar negara atau ke negara asalnya. Akan tetapi,
Hakim berpendapat sekiranya tujuan penahana di bawah seksyen ini tidak
dicapai, maka penahanan tersebut menjadi tidak sah dan Pemohon berhak
dilepaskan dari tahanan.
Diputuskan dalam kes ini, Pemohonan Pemohon telah ditolak.
ANALISIS KES KETIGA
Kes ketiga ini memperlihatkan bahawa kebebasan asasi atau hak asasi yang
diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan turut dinikmati oleh mereka
yang bukan warganegara Malaysia. Kebebasan asasi adalah satu hak mutlak
yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, masih ada
sekatan-sekatan bagi hak asasi ini. Ini adalah kerana ia memerlukan satu
keseimbangan di antara kuasa kerajaan dan kebebasan rakyat.
Keseimbangan ini dilihat dari sudut sekiranya kuasa diberikan lebih kepada
kerajaan, ini akan memperlihatkan seperti wujudnya penindasan terhadap
rakyat dan kezaliman. Manakala sekiranya rakyat diberikan kuasa yang lebih,
besar kemungkinan kebebasan ini boleh disalahgunakan oleh rakyat.
Dalam kes ini, isu yang disentuh adalah mengenai kebebasan diri yang
diperuntukan di bawah Perkara 5 Perlembagaan. Pemohon adalah bukan
warganegara Malaysia. Di bawah kebebasan diri dalam Perlembagaan
Persekutuan, terdapat sesetengah hak dan kebebasan asasi yang boleh
dinikmati
oleh
semua
orang,
ini
termasuklah
mereka
yang
bukan
warganegara Malaysia, dan terdapat juga sesetengah kebebasan asasi yang
hanya boleh dinikmati oleh warganegara Malaysia sahaja.
Kebebasan asasi yang boleh dinikmati oleh semua orang adalah:
1. hak kepada nyawa dan kebebasan diri (Perkara 5).
2. hak kepada harta (Perkara 13).
3. kebebasan beragama (Perkara 11).
4. perlindungan
daripada
undang-undang
yang
berkuatkuasa
kebelakangan dan perbicaraan berulang (Perkara 7).
5. kebebasan daripada keabdian dan kerja paksa (Perkara 6).
Dalam kes ini, Perkara 5 tidak diketepikan oleh Hakim dalam memutuskan
permohonan. Penafsiran yang dibuat oleh Hakim bagi seksyen 34(1) Akta
Imigresen 1959 adalah sangat jelas. Dimana Hakim telah menafsirkan
bahawa niat badan perundangan dalam membuat seksyen 34(1) adalah
bukannya untuk penahanan seumur hidup atau bagi tempoah yang tidak
ditentukan.
Ia
hanya
bersifat
sementara
bagi
tujuan
pemindahkan
pendatang tanpa izin ke negara lain atau negara mereka semula. Seksyen ini
telah ditafsir secara jelas dan ketat serta ia masih berpihak kepada
kebebasan orang yang ditahan.
KES KEEMPAT
Kya Hliang & Ors lwn Pendakwa Raya (2009) MLJU 18
Kes ini adalah kes rayuan mengenai hukuman. Pada awalnya kes ini
dibicarakan di Mahkamah Magistret Kota Tinggi dan dirayu di Mahkamah
Tinggi Johor Bahru.
Dalam kes ini, 11 orang telah ditahan pada 8 Disember 2008 di Kota Tinggi
dan telah dibicarakan di Mahkamah Magistret Kota Tinggi. Tertuduh-teruduh
telah didakwa di bawah seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959. Seksyen ini
memperuntukan:
tiada sesiapa pun selain daripada seseorang warganegara yang boleh
memasuki Malaysia melainkan:
(a) ia memiliki Permit Masuk yang sah yang dikeluarkan dengan sah
kepadanya di bawah seksyen 10;
(b)namanya diendorskan di atas Permit Masuk yang sah mengikut
seksyen 12, dan ia masuk bersama-sama dengan pemegang Permit;
(c) ia memiliki suatu Pas yang sah yang dikeluarkan dengan sah
kepadanya bagi memasuki Malaysia; atau
(d)ia dikecualikan daripada seksyen ini oleh suatu perintah yang dibuat di
bawah seksyen 55.
Tertuduh-tertuduh di dalam kes ini telah didakwa melakukan kesalahan
memasuki Malaysia tanpa permit yang sah. Ketika perbicaraan, semua
tertuduh telah mengaku bersalah dan dihukum sebulan penjara dan sekali
sebatan
berdasarkan
kepada
seksyen
6(3)
akta
yang
sama,
yang
memperuntukan:
mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan kesalahan, bertanggungan
kepada suatu denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara
bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, dan hendaklah juga
bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada enam sebatan
Semua tertuduh di dalam kes ini mendakwa bahawa mereka adalah pelarian
dimana mereka terpaksa meninggalkan negara mereka iaitu Indonesia
kerana mereka hidup dalam ketakutan disana.
Rayuan telah dibuat pada 11 Februari 2009 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru
mengenai hukuman sebatan yang disabitkan terhadap setiap tertuduh.
Dalam kes ini, Hakim Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa hukuman
sebatan adalah bersifat pencegahan dan dilihat dari sudut kesan hukuman
tersebut kepada orang lain. Dalam peraturan umum, hukuman sebatan
disediakan untuk jenayah atau kesalahan yang melibatkan kekerasan dan
kekejaman, ini termasuklah kesalahan fizikal yang menyebabkan kecederaan
yang parah dan boleh membawa maut.
Akan tetapi Hakim Mahkamah Tinggi masih bersetuju bahawa hukuman
sebat boleh juga dijatuhkan kepada kesalahan yang melibatkan keganasan
dan kekejaman yang tidak benar (no actual) akan tetapi, mahkamah yang
memutuskan seharusnya menggunakan budibicara mengenai pensabitan
hukuman sebatan tersebut. Dimana beberapa faktor perlu diambilkira
sebelum hukuman sebatan dijatuhkan. Ia bergantung kepada fakta, karekter
dan latar belakang tertuduh.
Di dalam kes ini, semua tertuduh adalah pelarian, yang mencari sauka dan
perlindungan di Malaysia. Akan tetapi memasuki Malaysia tanpa dokumen
yang sah adalah melanggar undang-undang Malaysia. Pengakuan bersalah
semua tertuduh dalam kes ini adalah menjadi salah satu faktor yang boleh
membawa kepada peringanan hukuman, dimana undang-undang terdahulu
turut mengiktiraf faktor ini. Malahan pula, ini adalah kesalahan kali pertama
bagi semua tertuduh dan tiada sebarang bukti yang menyatakan bahawa
semua tertuduh telah melakukan kesalahan yang melibatkan keganasan dan
kekejaman.
Hakim Mahkamah Tinggi juga berpendapat bahawa hukuman sebatan yang
diperuntukan di bawah seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959, adalah bukannya
bersifat mandotari. Sekiranya hukuman itu dijalankan ke atas semua
tertuduh, ia menampakkan bahawa hukuman tersebut bersifat keras dan
memberi kesusahan kepada semua tertuduh. Maka hukuman sebatan adalah
tidak sesuai dalam keadaan ini.
Berdasarkan kepada sebab-sebab yang diutarakan oleh Hakim Mahkamah
Tinggi Johor Bahru, diputuskan bahawa hukuman penjara selama sebulan
dikekalkan tetapi hukuman sekali sebatan diketepikan.
KES KELIMA
Tun Naing Oo lwn Pendakwa Raya (2009) 5 MLJ 680
Kes ini juga adalah melibatkan pelarian yang datang ke Malaysia untuk
mendapatkan perlindungan dan mencari kesenangan dalam kehidupan
mereka. Kes ini adalah kes rayuan permohonan untuk semakan hukuman,
iaitu sebatan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan dirayu
di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pemohon dalam kes ini merupakan seorang pelarian berbangsa Chin. Ketika
beliau di Malaysia, beliau telah berdaftar dengan sebuah komuniti yang
dikenali sebagai Alliance Of Chin Refugees, di mana komuniti ini adalah satu
kumpulan yang hanya mengandungi etnik Chin, iaitu etnik Pemohon.
Pemohon telah ditahan di dalam Ops Belanja yang dilakukan oleh pihak
Imigresen di Plaza LowYat Kuala Lumpur dan pada ketika itu, Pemohon
sedang menjual aksesori komputer kepada seorang pelanggan. Pemohon
telah dituduh di bawah seksyen 6(1) Akta Imigresen atas kesalahan
memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah. Pemohon telah mengaku
bersalah dan mahkamah telah mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan
hukuman penjara selama 100 hari dan sebat sebanyak dua kali sebatan.
Pemohon telah membuat permohonan untuk mengenepikan hukuman
sebatan
tersebut
dengan
alasan
hukuman
tersebut
hanya
akan
menambahkan lagi penderitaannya sebagai seorang pelarian.
Isu yang sama dilihat oleh Hakim Mahkamah Tinggi disini, dimana sama ada
Pemohon patut dihukum dengan dua kali sebatan sebagai tambahan kepada
hukuman penjara 100 hari yang dikenakan oleh Mahkamah Bicara.
Hakim Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa hukuman penjara 100 hari
yang dikenakan kepada Pemohon adalah wajar dan sah, malahan Pemohon
akur dan tidak mohon semakan keatas hukuman tersebut. Manakala bagi
hukuman sebatan sebanyak dua kali sebatan adalah keterlaluan kerana tiada
sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Pemohon melakukan jenayah
ganas atau kejam ketika Pemohon ditangkap.
Hakim Mahkamah Tinggi juga melihat kepada artikel yang dipaparkan di
dalam New Straits Times yang bertarikh 14 Februari 2005, yang menyatakan
bahawa, peguam negara (pendakwa negara) tidak akan mendesak untuk
hukuman sebatan di bawah seksyen 6(3) Akta Imigresen kecuali tertuduh
merupakan kaki pelaku jenayah atau terlibat dalam jenayah yang mengugat
ketenteraman awam.
Maka, atas dasar kemanusiaan, adalah tidak wajar untuk menghukum
Pemohon yang merupakan seorang pelarian dengan dua kali sebatan.
Pemohon melarikan diri dari negaranya untuk mengelak tekanan dan
penindasan. Dengan hukuman ini akan menambah penderitaannya, dan ini
tidak akan memberi apa-apa pengajaran kerana Pemohon akan dipindahkan
atau dideportasi. Malahan UNCHR kin membantu Pemohon dan akan mencari
kediaman yang sesuai baginya di negara lain.
Maka Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk menerima
permohonan Pemohon untuk mengenepikan hukuman sebatan sebanyak 2
kali seperti yang disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, manakala
hukuman penjara selama 100 hari dikekalkan.
ANALISIS KES KEEMPAT DAN KES KELIMA
Kes kelima dan kes keenam membicarakan mengenai hukuman terhadap
pelarian
yang
datang
ke
Malaysia
bagi
mencari
perlindungan
dan
memulihkan kehidupan dari kesusahan dan kesukaran yang dihadapi di
negara asal mereka.
Pelarian secara umumnya adalah mereka yang tidak dapat pulang ke negara
asal disebabkan bimbing akan keselamatan diri mereka yang berpunca dari
pelbagai faktor antaranya perbalahan.
Secara spesifiknya, Malaysia tidak mempunyai undang-undang mengenai
pelarian. Maka tiada hak yang diiktiraf oleh undang-undang terhadap
pelarian. Pelarian yang ada di Malaysia ini tertakluk kepada Akta Imigresen
1959 dimana pelarian ini dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin.
Dimana mereka memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah. UNHCR pula
adalah sebuah agensi yang berkerjasama dengan Kerajaan untuk melindungi
pelarian dan membantu memenuhi kebajikan mereka sementara mereka
memohon perlindungan sementara di Malaysia.6
Dalam kes-kes ini, kedua-dua perayu telah merayu mengenai hukuman
sebatan yang dijatuhkan oleh Hakim Bicara berdasarkan kepada seksyen
6(3) Akta Imigresen 959. Bawah seksyen tersebut jelas memperuntukan
mengenai hukuman sebatan terhadap mereka yang memasuki Malaysia
tanpa dokumen yang sah (melanggari seksyen 6(1) akta yang sama).
Seksyen 6(3) memperuntukan:
mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan
suatu
kesalahan
dan
hendaklah
apabila
disabitkan
kesalahan,
bertanggungan kepada suatu denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit
atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, dan
6 Fatimah Jamadi, Hak Pelarian Di Malaysia, h.5.
hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada enam
sebatan
Jelas disini menunjukkan bahawa pelarian juga boleh dibicarakan dan diadili
di negara yang mereka duduki. Perkara ini telah dinyatakan oleh UNHCR
sendiri. Pelarian mesti patuh
kepada undang-undang dan perlu sedar
kehadiran mereka di Malaysia tidak boleh dipandang ringan.7
Melihat kepada hukuman sebatan tersebut, kedua-dua Hakim Mahkamah
Tinggi telah memberi pendapat yang sama mengenai tujuan hukuman sebat
digubal dan kesalahan yang layak menerima hukuman tersebut serta faktor
yang membawa kepada peringanan sesuatu hukuman. Dijuga disertakan
pendapat hakim mengenai pensabitan hukuman sebat tersebut yang
disifatkan bukanlah mandatori.
Hukuman sebatan jelas menunjukkan kepada hukuman yang bertujuan untuk
memberi keinsafan dan bertujuan permulihan. Hukuman sebatan dikenakan
kepada pesalah yang melakukan kesalahan melibatkan kekerasan dalam
perbuatannya. Dan faktor yang membawa kepada keringanan hukuman ialah
umur pesalah, sejarah pesalah, pengakuan bersalah dan kesan yang dialami
oleh pesalah.8
7 Ibid, h.13.
8 Mohamad Shariff Abu Samah, Asidah Mohd Ali (2008), Undang-Undang Jenayah Di
Malaysia, International Book Service: Selangor, h.500.
KES KEENAM
Mohammad Karim Bin Bujang lwn Pendakwa Raya (2014) 7 MLJ 207
Kes ini adalah rayuan mengenai prosedur dan sabitan kesalahan terhadap
perayu.
Perayu dalam kes ini telah ditahan ketika beliau sedang membawa tiga
orang warga Indonesia dalam keretanya. Ketiga-tiga orang warga Indonesia
itu telah disabitkan di bawah Akta Imigresen kerana memasuki Malaysia
tanpa dokumen yang sah dalam perbicaraan yang berasingan. Kereta yang
dinaiki oleh Perayu adalah kereta yang didaftarkan atas nama Perayu dan
dijadikan bahan bukti di Mahkamah Bicara.
Perayu telah didakwa di bawah seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang
Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670). Seksyen ini memperuntukan:
mana-mana orang yang merupakan pemunya, operator atau nakhoda
mana-mana pengangkutan yang terlibat dalam pengangkutan migran yang
diseludup melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun,
dan boleh juga dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu
ringgit, atau kedua-duanya.
Seksyen ini telah berjaya dibuktikan oleh pendakwa, diikuti dengan definisi
penyeludupan migran di bawah seksyen 2, yang memperuntukan:
penyeludupan migran ertinya:
(a) mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak
langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau
melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana
negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap
sama
ada
dengan
mengetahui
atau
mempunyai
sebab
untuk
mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah
tidak sah; dan
(b)merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi
atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan
melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a);
Perayu dalam pembelaannya menyatakan bahawa beliau disuruh oleh
kawannya untuk membawa tiga orang warga Indonesia tersebut ke Mukah,
dimana ketiga-tiga orang warga Indonesia tersebut berkerja di sebuah
ladang, Ladang Mas Ranti. Beliau tidak mengetahui sama ada ketiga-tiga
warga Indonesia tersebut mempunyai pasport atau tidak. Beliau mengaku
mengambil
sejumlah
wang
bagi
bayaran
pengangkutan.
Sepanjang
perjalanan beliau tidak berbual dengan ketiga-tiga orang warga Indonesia
tersebut kerana beliau menyangkakan bahawa mereka berasal dari Mukah.
Perayu telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda RM10 ribu jika
gagal, lima bulan penjara.
Perayu telah mengemukaan tiga alasan rayuan:
1. ketidakpatuhan seksyen 51A Kanun Tatacara Janayah.
2. Kegagalan untuk memperuntukan bukti kepada perayu, bagi tujuan
penilaian, keterangan pihak pendakwaan bagi waran pengkomitan
ketiga-tiga warga Indonesia dan nota-nota prosiding bagi keterangan
mereka yang mana telah diambil oleh Hakim Mahkamah Sesyen.
3. Kegagalan pengawai penyiasat (PW6) untuk menunaikan janji kepada
perayu untuk menuduhnya dengan pertuduhan yang lebih ringan di
bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987.
Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak alasan rayuan perayu dengan
menjawab setiap alasan yang dinyatakan oleh perayu.
Alasan rayuan pertama perayu, ketidakpatuhan seksyen 51A Kanun
Tatacara Jenayah, Hakim berpendapat bahawa di Mahkamah Bicara,
perayu tidak diwakili peguam disebabkan beliau sendiri yang tidak mahu
melantik peguam. Pendakwa mengakui bahawa beliau tidak menyediakan
dokumen yang berkaitan dengan pertuduhan, akan tetapi perbuatan
tersebut tidak membawa kecacatan kepada prosiding Mahkamah Bicara
kerana setiap dokumen yang ditandakan sebagai bukti telah diterangkan
kepada Perayu dan perayu faham serta tidak membuat sebarang
bantahan.
Hakim telah mentafsirkan seksyen ini dengan menyatakan bahawa
apabila tertuduh meminta untuk dokumen-dokumen tersebut, maka pihak
pendakwaan
mestilah
memberikannya
kepada
tertuduh,
sekiranya
tertuduh tidak membuat permintaan tersebut dan ketika perbicaraan,
tertuduh diberi peluang untuk melihat dokumen tersebut dan membuat
bantahan, maka tidak terjejas kerana tidak diberikan terlebih dahulu. Ini
kerana tertuduh tidak mengemukan permintaan. Maka perbicaraan
tersebut tidak terbatal disebabkan ketidakpatuhan seksyen ini.
Menjawab isu kedua, tiada penilaian terhadap bukti, dimana perayu
menyatakan bahawa waran komitmen tiga orang warga Indonesi dan nota
prosiding terdahulu tidak diberikan kepada perayu dan tidak dirujuk
kepada pegawai penyiasat ketika perbicaraan.
Hakim berpendapat bahawa, tiada merit atas alasan rayuan tersebut
kerana waran adalah perintah mahkamah dan rekod rasmi prosiding
dihantar oleh pihak pendakwa kepada mahkamah adalah tulen dan benar.
Seperti yang diperuntukan dalam seksyen 80 Akta Keterangan 1950.
Peguam telah berhujah bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan
PW1 dan PW6. Akan tetapi Hakim Mahkamah Tinggi menilai dan menetili
keterangan tersebut, Hakim mendapati bahawa tiada percanggahan yang
boleh menjejaskan kredibiliti kes untuk pendakwaan.
Alasan rayun ketiga, kegagalan menunaikan janji dimana perayu telah
melakukan kesalahan ringan dengan membawa penumpang tanpa lesen.
PW6 telah berjanji kepada perayu untuk mensabitkan perayu dengan
kesalahan tersebut. Hakim Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa janji
tersebut adalah tidak dikira dibawah undang-undang. Dan ini tidak
membatalkan
perbicaraan
dan
tidak
memberikan
kesan
kesalahan yang dilakukannya. Maka rayuan atas sabitan ditolak.
terhadap
ANALISIS KES KEENAM
Kes keenam ini memperlihatkan penyeludupan manusia ke Malaysia.
Menurut
UN
Convention
Transnational
Organised
Crime
(2000),
penyeludupan ialah apabila seseorang memasuki sesebuah negara secara
haram dengan melakukan pembayaran secara wang atau faedah lain
kepada pihak-pihak tertentu.
Tujuan Akta 670 ini adalah bagi mengatasi masalah memperdagangkan
manusia.
Dalam kes ini perayu telah dituduh menyeludup tiga orang warga
Indonesia yang memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah. Ketiga-tiga
warga Indonesia tersebut disabitkan dibawah seksyen 6(1) Akta Imigresen
manakala perayu disabitkan dibawah seksyen 26J Akta 670.
Tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan
kepada
aktiviti
pemerdagangan
manusia.
Ini
kerana,
kesalahan
penyeludupan manusia mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian
aktiviti pemerdagangan manusia.
Perkara ini dipandang serius oleh semua pihak ini. Dalam kes ini, Hakim
Mahkamah Tinggi tidak teragak-agak dalam berikan pendapat bagi setiap
alasan rayuan yang diberikan oleh Perayu. Ini bagi memastikan mereka
yang bersalah dalam hal ini menerima hukuman yang setimpal. boleh
dilihat disini bahawa, peruntukan undang-undang yang menghukum
mereka yang menyeludup manusia dapat membela nasib mangsa yang
diseludup malahan dapat menjaga keharmonian negara yang sering
terjejas disebabkan kesan negatif kedatangan pendatang tanpa izin di
Malaysia.
Kemungkinan besar penyeludupan adalah atas kerelaan mangsa sendiri,
dimana mangsa ingin mendapatkan keselesaan hidup atau peluang
pekerjaan yang cerah di negara lain. Akan tetapi ia hanya memberi kesan
negatif bukan sahaja pada diri mangsa, malahan pada negara tersebut.
KES KETUJUH
Pendakwa Raya Lwn Nam Athantip (2008) MLJU 297
Kes ini adalah kes rayuan untuk semakan dan permohonan mengenepikan
hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Magistret.
Di Mahkamah Magistret Johor Bahru telah menolak permohonan pegawai
penyiasat untuk mendapatkan perintah perlindungan di bawah seksyen
51 (3) Akta 670 kerana mahkamah mendapati kesemua 17 orang warga
Thailand termasuklah Responden bukanlah orang yang diperdagangkan.
Seksyen 51(3) memperuntukan:
jika magistret, selepas membaca laporan yang dikemukan dibawah
subsyeksen (2), berpuas hati bahawa orang yang dibawa ke hadapannya-
(a) Ialah orang yang diperdagangkan dan memerlukan jagaan dan
perlindungan,
Majistret
boleh
membuat
suatu
Perintah
Perlindungan-..
Mahkamah memerintahkan supaya mereka dilepaskan kepada pihak
Imigresen mengikut Akta Imigresen 1959 seperti kehendak seksyen 51(3)
(b)(ii) Akta 670. Seksyen ini memperuntukan:
(b) bukan orang yang diperdagangkan, Majistret boleh..
(ii) dalam hal seorang warganegara asing, memerintahlan orang itu
dilepaskan
kepada
pegawai
imigresen untuk
tindakan
yang
perlu
mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959.
Pendakwa telah mengemukan tiga alasan rayuan:
1. Magistret hanya merujuk kepada laporan pegawai pelindung sahaja
tanpa merujuk dan mempertimbangkan laporan yang disediakan
pegawai penyiasat, maka seksyen 51(3) Akta 670 adalah tidak
dipenuhi.
2. Laporan pegawai pelindung sahaja diakui tidak terdapat fakta yang
mencukupi.
Saya
menilai
penama
ini
bukanlah
mangsa
aktiviti
pemerdagangan orang sebaliknya datang ke Malaysia atas kerelaan
sendiri. Oleh yang demikian, adalah disyorkan beliau dikeluarkan
dari Tempat Perlindungan.".
3. Laporan pegawai penyiasat jelas menunjukkan bahawa Responden
telah dikurung dan dipaksa menjadi pelacur.
"A5 - Nam Oithanthip (P) Thailand
Datang ke Malaysia diajak oleh kawan untuk bekerja sebagai
tukang urut. Sampai di Malaysia di sebuah perhentian bas dan
diambil oleh satu lelaki Cina dikenali sebagai Uncle Chua dan terus
dibawa ke sebuah rumah 2 tingkat di mana lokasi tidak diketahui.
Tidak pernah dikurung di dalam rumah tersebut di mana cuma
kunci rumah dipegang oleh Uncle Chua. Pergi dan balik kerja
diuruskan oleh Uncle Chua sendiri. Mengaku bekerja sebagai
pelacur di Marco Polo. Mengatakan dipaksa menjadi pelacur dan
dipaksa melanggan pelanggan hingga ke 5 atau 6 orang sehari.
Mengatakan sentiasa dikawal setiap masa sama ada di rumah atau
di tempat kerja. Pintu rumah dikunci dari luar dan tidak benarkan
keluar sama ada oleh Uncle Chua dan rakan-rakannya. Datang
dengan niat menjadi tukang urut tetapi telah dipaksa menjadi
pelacur.".
Hakim Mahkamah Tinggi berpandagan bahawa, laporan pegawai penyiasat
adalah lebih relevan untuk tentukan sama ada orang itu diperdagangkan
atau tidak seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 51(1) Akta 670,
seksyen ini memperuntukan:
jika suatu perintah perlindungan interim dibuat di bawah subseksyen 44(2),
dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu-
a) Seorang pegawai penguatkuasa hendaklah menyiasat keadaan kes
orang itu bagi maksud menentukan sama ada orang itu adalah orang
yang diperdagangkan di bawah Akta ini; dan
b) Seorang pegawai pelindung hendaklah menjalankan siasatan terhadap
latar belakang orang itu.
Akta ini juga jelas menunjukkan tugas-tugas pegawai penyiasat dan
pegawai pelindung. Fungsi dan tugas yang ditetapkan kepada pegawai
penyiasat adalah menjurus ke arah mengumpulkan keterangan dan fakta
bagi mencapai kesimpulan sama ada Responden adalah orang yang
diperdagangkan atau tidak.
Bawah seksyen 51(3) Akta 670, memperuntukan supaya Magistret
membuat
keputusan
setelah
meneliti
kedua-dua
laporan
dibawah
subseksyen (2). Seksyen 51(2) memperuntukan:
apabila selesai sesuatu penyiasatan dan siasatan di bawah subseksyen
(1), pegawai penyiasat dan pegawai pelindung hendaklah secara bersama
menyediakan suatu laporan itu bersama-sama dengan orang itu ke
hadapan Mahkamah Majistret bagi maksud memuaskan hati Majistret
bahawa orang itu adalah orang yang diperdagangkan di bawah Akta ini.
Melalui fakta kes, jelas menunjukkan bahawa Responden adalah orang
yang diperdagangkan. Walaupun dalam keterangan Responden yang
menyatakan beliau datang ke Malaysia adalah dengan kerelaan hati
setelah diajak oleh kawannya untuk menjadi tukang urut, seksyen 16 Akta
670 ditafsirkan bahawa walaupun dengan kerelaan sekalipun, tidak
menjadi suatu pembelaan bagi kesalahan-kesalahan lain dibawah Akta
670. Kerelaan Responden adalah tidak relevan bagi tujuan menentukan
sama ada beliau orang yang diperdagangkan atau tidak.
Mahkamah
dengan
mengenepikan
ini
perintah
membenarkan
Magistret
permohonan
Johor
Bahru.
semakan
Satu
dan
perintah
perlindungan di bawah seksyen 51(3) (a) (ii) dikeluarkan terhadap
Responden untuk tempoh tidak melebih tiga bulan dari perintah.
ANALISIS KES KETUJUH
Aktiviti pemerdagangan manusia merupakan jenayah tertua. Ia juga
dianggap
sabagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada
satu-satu negara untuk beroperasi. Perkara yang perlu dibuktikan dalam
pendakwaan kes pemerdagangan manusia ini ialah mangsa perlu
dibuktikan telah dipaksa dan dieksploitasi. Unsur-unsur paksaan dan
pengeksploitasi boleh wujud
sama ada sebelum, semasa atau selepas
proses perdagangan manusia.
Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi
sama ada untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut
melibatkan pemindahan organ manusia.
Didalam
kes
ini,
memperlihatkan
bahawa
undang-undang
yang
dikuatkuasakan di Malaysia bukan sahaja untuk menjadi keharmonian
negara tetapi undang-undang ini juga membela nasib mereka yang bukan
warga negara Malaysia yang telah ditindas di Malaysia, contohnya
pemerdagangan manusia.
Mereka
yang
menjadi
mangsa
pemerdagangan
ini
juga
diberikan
pelindungan sehinggalah mereka diserahkan kepada pihak Imigresen
untuk tujuan dideportasikan.
Kes ini juga menjelaskan kaedah yang sepatutnya dilaksanakan dalam
menentukan
sama
ada
seseorang
itu
termasuk
orang
yang
diperdagangkan atau tidak untuk mendapatkan perintah perlindungan
daripada mahkamah. Dimana laporan yang seharusnya diteliti dan diberi
keutamaan dalam memutuskan persoalan ini adalah laporan dari pegawai
penyiasat. Ini kerana fungsi dan tugas pegawai penyiasat adalah
menyiasat fakta dan keadaan mangsa.
KESIMPULAN
Undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia bukan sahaja memberi
keadilan tapi adalah untuk menjaga keharmonian di Malaysia. Ia juga
turut dapat menyelesaikan masalah-masalah lain seperti kebanjiran
pendatang asing tanpa izin, penyeludupan manusia serta pemerdagangan
manusia.
Undang-undang ini bukanlah untuk menghukum mereka yang bukan
warganegara, akan tetapi turut melindungi mereka dari terus ditindas di
negara ini. Antaranya ialah dalam Akta Perkerjaan 1955, dimana layanan
sama rata antara pekerja dan hubungan diantara majikan adalah sama
sahaja dengan layanan dan hubungan pekerja warganegara Malaysia.
Malahan Malaysia mengiktiraf polisi pekerja asing yang dipersetujui oleh
ILO
mengenai
kesaksamaan
antara
pekerja
asing
dan
pekerja
warganegara. Akan tetapi, perlu ditegaskan disini, kesaksamaan ini
adalah
kepada
pekerja
asing
yang
memasuki
Malaysia
dengan
menggunakan dokumen yang sah.
Dari segi perlindungan pula, Akta Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), memberi perlindungan kepada
mereka yang bukan warganegara yang diperdagangkan dan diseludup ke
Malaysia. Dalam seksyen 51(3) Akta 670 memperuntukan bahawan
seseorang
yang
bukan
warganegara
boleh
mendapatkan
perintah
perlindungan sekiranya dia diperdagangkan. Walaupun begitu, mereka
masih
terikat
kepada
Akta
Imigresen
dimana
selepas
tempoh
perlindungan tamat bagi yang diperdagangkan dan yang diseludup,
mereka akan diserahkan kepada pihak Imigresen untuk dideportasikan
dan boleh didakwa bawah seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959 bagi
kesalahan memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah.
Melalui Perlembagaan Persekutuan, mereka yang bukan warganegara,
yang masuk dengan atau tanpa dokumen yang sah, mereka masih dapat
menikmati hak dan kebebasan asasi yang diperuntukan bagi semua
rakyat (kecuali hak dan kebebasan asasi untuk rakyat Malaysia sahaja).
Seperti kebebasan diri dan kebebasan berugama.
Mereka adalah terikat dengan semua undang-undang di Malaysia. Selagi
mana mereka melakukan kesalahan di Malaysia, maka undang-undang
Malaysia
yang
akan
berkuatkuasa
terhadap
mereka
yang
bukan
warganegara. Ini termasuklah kesalahan jenayah di bawah Kanun
Keseksaan.