0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
298 tayangan5 halaman

Proses Etching PCB dengan PnP Blue

1. Proses pembuatan litar bercetak (PCB) menggunakan teknik etching dengan kertas transfer PnP, dimana litar dilukis pada kertas PnP kemudian dipindahkan ke PCB melalui proses seterika sebelum direndam dalam larutan asam untuk menghilangkan bagian silikon yang tidak dilindungi litar. 2. Terdapat 10 langkah prosesnya, dimulai dari melukis litar di software kemudian mencetaknya pada kertas PnP,

Diunggah oleh

Mahayudin Saad
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
298 tayangan5 halaman

Proses Etching PCB dengan PnP Blue

1. Proses pembuatan litar bercetak (PCB) menggunakan teknik etching dengan kertas transfer PnP, dimana litar dilukis pada kertas PnP kemudian dipindahkan ke PCB melalui proses seterika sebelum direndam dalam larutan asam untuk menghilangkan bagian silikon yang tidak dilindungi litar. 2. Terdapat 10 langkah prosesnya, dimulai dari melukis litar di software kemudian mencetaknya pada kertas PnP,

Diunggah oleh

Mahayudin Saad
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

1

KAEDAH MENGHASILKAN PCB MENGGUNAKAN KAEDAH ETCHING


(PNP TRANSFER PAPER)


Proses etching menggunakan 'Press And Peel (PnP) transfer paper' seperti gambar diatas.
Terdapat beberapa teknik etching yang boleh dilakukan bagi penyediaan litar pada papan litar
bercetak 'Printed Circuit Board (PCB)' seperti proses sinaran UV serta beberapa kaedah lain
lagi. Kebanyakan proses penyedian litar yang di lakukan adalah menggunakan kertas PnP ini.

Terdapat 2 jenis kertas PnP iaitu 'PnP Wet' dan 'PnP Blue' dan tutorial ini adalah
menggunakan kertas 'PnP Blue seperti gambar diatas. Untuk pengetahuan semua kertas PnP
ini mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian licin iaitu bahagian atas serta bahagian yg sedikit
malap iaitu bahagian bawah. Litar yang akan dicetak pada kertas ini adalah pada bahagian
bawah iaitu bahagian yg sedikit malap.

Satu aspek yang penting dalam penyedian litar menggunakan teknik ini adalah litar yg
telah dilukis haruslah dicetak pada kertas ini menggunakan printer yang menggunakan
dakwat serbuk iaitu toner seperti printer laserjet yang menggunakan dakwat serbuk atau boleh
juga menggunakan mesin photostate bagi menggantikan printer laserjet kerana mesin
photostate juga menggunakan dakwat atau toner serbuk. Ini penting kerana apabila proses
pemindahan dilakukan, jika kita menggunakan dakwat atau ink basah seperti printer bubble
jet, dakwat tadi berkemungkinan akan mengembang apabila proses pemanasan dilakukan
serta akan menyebabkan litar yang dihasilkan terputus atau bertindih garisan diantara satu
sama lain.

Kertas PnP ini agak mahal dipasaran Malaysia, oleh itu bagi yang ingin menggunakan
kertas ini bolehlah dilukis beberapa litar pada sehelai kertas bagi menjimatkan kos. Kertas
PnP ini juga boleh digantikan dengan pelapik sticker yang kebanyakannya berwarna putih.
Sticker dibuang dan hanya pelapik sahaja yg digunakan dan kos juga agak murah berbanding
menggunakan kertas PnP ini tetapi hasilnya kurang bermutu sedikit.





2

Langkah 1 :



Litar dilukis menggunakan perisian 'software' mengikut skala yang dikehendaki. Terdapat
beberapa jenis software yang boleh digunakan untuk melukis litar seperti 'Express PCB',
'ORCAD', 'PROTEL'dan lain2. Contoh disebelah menggunakan software 'Express PCB'.


Langkah 2:



Litar yang telah siap dilukis dicetak pada kertas PnP dibahagian bawah yang sedikit malap
menggunakan printer Laser Jet atau mesin 'photocopy'.

Langkah 3:



3


Litar yang telah siap dicetak pada kertas PnP diletakkan diatas PCB dimana bahagian
bercetak pada kertas diletakkan pada PCB dan bahagian lutsinar yang tidak bercetak adalah
bahagian yang akan diseterika untuk proses seterusnya.


Langkah 4:



Kertas PnP yang telah siap diletakkan diatas PCB seterusnya diseterika pada suhu yg agak
tinggi atau maksimum. Kertas PnP adalah kertas yg dapat menahan haba pada julat suhu yang
agak tinggi. Proses seterika dilakukan 5 hingga 10 minit bergantung pada pemindahan karbon
atau toner pada kertas ke PCB. Teruskan seterika jika litar masih lagi berada pada kertas.

Langkah 5:



Setelah selesai pemindahan litar dari kertas PnP ke PCB, PCB dibiarkan sejuk sebentar
sebelum kertas PnP ditanggalkan dari PCB. gambar sebelah menunjukkan pemindahan
lengkap garisan litar dari kertas PnP ke PCB. Sebelum proses etching dilakukan hendaklah
diperiksa samada terdapat garisan litar yang [Link] terputus, gunakan permanent
marker atau marker khusus untuk menyambungkan kembali litar yang terputus.





4

Langkah 6:



PCB yang telah siap dilukis tadi dimasukkan kedalam larutan cecair Ferric Chloride (FeCl3)
untuk proses etching. Serbuk FeCl3 dicampurkan dengan air suam dan bancuhan bergantung
kepada berapa cepat sesebuah litar hendak disiapkan. Jika larutan pekat maka masa yang
diambil untuk proses etching adalah [Link] direndam sehingga lapisan silika tertanggal
sepenuhnya dan dikeluarkan serta dicuci dengan air bersih.


Langkah 7:


Setelah dikeluarkan dan dibilas dengan air besih, garisan litar atau karbon yang menutupi
lapisan silika ditanggalkan dengan menggunakan larutan thinner. Berbeza dengan proses
sinaran UV, lapisan karbon ini boleh ditanggalkan menggunakan larutan 'Developer' dan
tidak bagi proses PnP. Setelah selesai PCB sekali lagi dibilas menggunakan air bersih dan
dikeringkan,maka selesailah proses etching menggunakan kertas PnP.


Langkah 8:



Litar yang telah siap di'etching'
5


Langkah 9:



Lubang kaki komponen pada PCB digerudi.




Langkah 10:



PCB yang telah siap ditebuk lubang

Anda mungkin juga menyukai