0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
130 tayangan2 halaman

Strategi Model Polya dalam Matematik

Model Polya untuk penyelesaian masalah terdiri dari empat peringkat: memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan strategi, dan menyemak hasil. Beberapa strategi penyelesaian masalah menurut model ini adalah melukis gambarajah, simulasi, mengenal pola, jadual, dan menggunakan algebra.

Diunggah oleh

Voon Kang Lee
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
130 tayangan2 halaman

Strategi Model Polya dalam Matematik

Model Polya untuk penyelesaian masalah terdiri dari empat peringkat: memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan strategi, dan menyemak hasil. Beberapa strategi penyelesaian masalah menurut model ini adalah melukis gambarajah, simulasi, mengenal pola, jadual, dan menggunakan algebra.

Diunggah oleh

Voon Kang Lee
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu,

memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi


penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian. Strategi pengajaran dihuraikan mengikut
model Polya adalah seperti berikut :

1. Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah
Pada peringkat ini, pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan
menerangkan masalah. Pelajar juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang serupa
dengan melukis gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan.


2. Merancang Strategi Penyelesaian
Selepas pelajar memahami soalan tersebut, guru membimbing pelajar untuk merancang strategi
yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi
penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi, melukis gambarajah,
membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya.


3. Melaksanakan Strategi Penyelesaian
Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti, pelajar akan melaksanakan strategi
tersebut dengan menggunakan kemahiran mengira, kemahiran geometri, kemahiran algebra
ataupun kemahiran menaakul


4. Menyemak Semula Penyelesaian
Akhirnya, pelajar boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada
jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian
yang lain atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut.




STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah:

1. Permudahkan masalah
Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Permudahkan masalah
tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang
berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperolehi
jawapan.


2. Melukis Gambarajah
Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun.


3. Memodelkan / Menjalankan simulasi / Melakonkan
Memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat
pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan menggunakan
model konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut.


4. Mengenal pasti pola
Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan
pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud
dalam bentuk gambar atau nombor.


5. Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik
Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat dapat dilihat dengan cepat
dan mudah. Graf juga boleh boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara
pembolehubah-pembolehubah.


6. Cuba Jaya
Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan
yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian.


7. Kerja ke belakang
Bekerja ke belakang antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah sequence, pola,
persamaan dan lain-lain.


8. Menaakul secara mantik
Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu.
Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian
kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut.


9. Menggunakan kaedah algebra
Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat membantu menyelesaikan
masalah matematik tersebut.

Anda mungkin juga menyukai