NAK LULUS ADD MATH?
Berdasarkan pengalaman 7 tahun mengajar Add math..ni la petua yang aku gunakan
untuk pelajar aku yang lemah untuk lulus addmath..nak lulus add math bukanlah
susah sangat tapi nak score A mungkin payah sikitlah (berdasarkan pengalaman
pelajar PMR yang dapat C dan D matematik pun nak ambil Add Math jugak)
Kertas 1
Kertas 1 ada 25 soalan yang wajib dijawab..biasanya pattern soalan sama je.
Soalan no.1 biasanya dari Chapter 1-Function
Soalan no.2 Chapter 2-Quadratic Equation
dan seterus-seterusnya lah...(ada juga satu chapter keluar lebih dari 2 soalan)
Empat Chapter ini (biasanya tak keluar dalam Paper 1sebab chapter ni soalan
pilihan Paper 2)
-Solution Of Triangle
-Index Number
-Motion Along A Straight Line
-Linear Programming
Cadangan
1. Jangan tinggalkan kosong- jawab semua soalan sehabis baik mengikut kemampuan
anda
(sepatutnya tiada masalah untuk 10 soalan pertama kerana beberapa chapter telah
diajar dalam matematik moden juga..)
2. Gunakan scientific calculator yang ada mode equation (dicadangkan Casio MS570)
- bertujuan untuk menyemak factorization dengan lebih mudah kerana factorization
untuk quadratic equation
digunakan dalam banyak soalan(*tapi ingat-markah tidak diberikan sekiranya jalan
kerja tidak ditunjukkan-
(calculator untuk tujuan penyemakkan)
- untuk mencari nilai binomial probability distribution -nilai X dengan lebih mudah
tanpa menggunakan buku sifir
4 angka (walaubagaimanapun buku sifir disediakan semasa peperiksaan
3. Markah yang diperuntukkan ada dinyatakan dihujung setiap soalan..yang terdiri dari
2,3 dan 4 markah. Jawab soalan berpandukan markah yang diberi.
4. Formula telah diberikan di hadapan kertas soalan..(hampir semua
formula)..walaubagaimanapun ia akan menjadi hiasan saja kelau anda tidak tahu
menggunakan atau tidak tahu makna2 simbol..penting untuk anda "mesra" dengan
formula-formula ini dengan membuat seberapa banyak latihan
5. Sekiranya ada dinyatakan dalam soalan contohnya : Without using scientific
calculator..maksudnya anda diminta untuk menunjukkan jalan kerja penuh untuk
menjawab soalan itu..walaubagaimanapun..anda boleh menggunakan mesin kira untuk
tujuan semakan..
6. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 25markah (30/80) untuk kertas 1
7. Secara amnya Kertas 1 sangat membantu anda untuk lulus Add Math..pelajar yang
biasa mendapat markah (60/80 dan ke atas) biasanya boleh mendapat A1 atau A2
untuk Add Math, semasa SPM sebenar..(mengikut pengalaman)
Kertas 2
Terdapat 3 Bahagian soalan dalam Kertas 2..Bahagian A, B dan C (semua sekali 15
soalan..wajib jawab 12)
Anda wajib menjawab semua soalan Bahagian A ((40 markah)
pilih 4 daripada 5 soalan Bahagian B (40 markah)
pilih 2 daripada 4 soalan Bahagian C (20 markah)
sekiranya anda sangat lemah dalam add math pastikan anda fokuskan kepada soalan2
berikut
Bahagian A -silmultionous equation (biasanya 5 hingga 6 markah-semak factorization
guna scintific calculator anda)
Bahagian B- Linear Law (biasanya soalan no 7) (buat jadual (sekurang-kurang nya dua
tempat perpuluhan )dan
plot graf-5markah..jawab soalan 5 markah)
Trigonometric Functions (cuba buat graf trigo kerana graf trigo tidaklah sesusah yg
selalu
digambarkan)
Probability Distributions -pattern soalan biasanya sama saja
Bahagian C - bagi pelajar saya.. saya menyarankan mereka memilih tajuk Index
Number dan Solution Of Triangle
untuk bahagian ini..kerana..Index Number adalah topik yg mudah..dan solution of
triangle juga
tajuk yg tidak terlalu sukar..berbanding dengan Linear Programing(mengambil masa
untuk
menjawab..mengintepretasi soalan kepada graf)..Motion Along a Straight Line (perlu
mahir tajuk
differentiation dan integration..dan pelajar selalu tidak dapat menafsir tajuk dengan
baik untk topik
ini)
# PERHATIAN-Untuk Bahagian B soalan-soalan dari topik lain yang
selalu diuji ialah Coordinate Geometry, Statistic, Circular Measures,
Vector, Differentiation dan Integration
Daripada cadangan saya tadi anggaran markah untuk topik2 terpilih
tersebut ialah 70/180 (jumlah kertas 1 dan 2) peluang untuk anda
lulus adalah sangat cerah sekali..jika anada dapat menambah 10
markah lagi..peluang untuk kredit berada di depan mata)
([Link] cadangan di atas adalah atas pemerhatian dan pengalaman
(kursus teknik menjawab) yang telah saya ikuti@alami
sendiri..sekiranya anda mempunyai guru2 pakar yang dapat
memberikan ilmu atau strategi menjawab yang lebih baik saya sangat
mengalu-alukan anda berkongsi dengan saya
2. Sekiranya anda telah pun mempunyai strategi menjawab yang lebih
baik...dan cadangan di atas tidak memberikan banyak input malah
mengelirukan..ABAIKAN SAJA
3. Sekiranya anda rasa ia membantu dan memerlukan lebih dari yang
ditulis diatas anda boleh bertanya - akan saya jawab sekiranya
mampu..InsyaALLAH)