Levi pekerja asing menguntungkan Malaysia, kata MEF
KUALA LUMPUR Keputusan Kabinet untuk menggunakan semula undang-undang pekerja membayar sendiri levi akan menguntungkan negara dengan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dan wang aliran tunai berjumlah RM2 billion tidak keluar dari negara, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF). Levi untuk pekerja asing itu diperkenalkan pada tahun 1992 dan dibayar oleh pekerja sehingga 2009 apabila kerajaan membuat keputusan memindahkan beban kepada pihak majikan dalam usaha menggalakkan pekerja asing untuk datang ke negara ini. Bagi saya, dasar ini memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk mendapat lebih tempat dalam pekerjaan, namun kita akui kita masih memerlukan pekerja asing, kata pengarah eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, apabila dihubungiThe Malaysian Insider. Keputusan yang dibuat pada Rabu akan berjalan serta merta, di mana pekerja asing perlu membayar cukai antara RM34.16 dan RM154.16 sebulan, walaupun pada bulan lalu dasar gaji minima berkuatkuasa menyaksikan peningkatan 30 hingga 50 peratus gaji, dari RM600-RM700 sebulan kepada RM900. Pekerja yang mahu memperbaharui permit kerja atau pas lawatan kerja sementara akan turut dikenakan cukai. Shamsuddin menyokong keputusan Kabinet, dan berkata levi berjumlah RM2 billion itu menyebabkan bebanan kepada majikan. Beliau mengatakan polisi tersebut turut menguntungkan negara dengan mendapat pendapatan dari levi ini, berbanding sekiranya wang ini keluar ke negara asal pekerja. Jika pekerja asing tidak dikenakan levi, RM2 billion tersebut sudah pasti keluar dari negara, dan pada saya dasar ini menguntungkan negara, katanya lagi. Kumpulan majikan terbesar negara itu memberi amaran dasar gaji minima kerajaan akan mengakibatkan risiko kepada empat juta pekerjaan dan 200,000 perniagaan kecil dan sederhana. Tenaga kerja Malaysia kini berjumlah 13 juta orang dan empat juta daripadanya ialah pekerja asing, kata Timbalan Menteri Kewangan seperti dilaporkan semalam oleh portal berita The Star Online. Kadar pengangguran di Malaysia turun tiga peratus tahun lalu tetapi ribuan graduan yang keluar dari institusi pengajian tinggi masih tidak mendapat peluang pekerjaan. Dalam kajian pada 2011, syarikat pencarian kerja online Asia Tenggara Jobstreet mendapati 64 peratus majikan menolak graduan kerana mereka meminta gaji yang tidak munasabah ketika temuduga. Manakala 60 peratus lagi majikan berkata mereka menolak graduan kerana sikap buruk, disamping personaliti dan karekter. Tetapi kebanjiran pekerja asing mengambil kerja seperti pembinaan dan sektor perladangan, yang tidak digemari oleh pekerja tempatan, yang lebih gemar pekerjaan kolar putih dan berkaitan dengan kerajaan, dalam usaha mengubah negara bergantung kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan meningkatkan taraf kepada negara berpendapatan tinggi.
Short URL: [Link]
MEMBEKALKAN TENAGA BURUH
Kebanjiran pendatang asing ke malaysia merupakan satu daya penggerak kepada menjana pembangunan negara yang kian berkembang. Memang tidak dapat dinafikan, kedatangan buruh asing ke negara kita hanya untuk mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor perladangan, pembinaan, pembantu rumah dan sektor perkhidmatan. Namun akhir-akhir ini mereka mula memonopoli keseluruhan perkerjaan tempatan. Pendatang asing di Malaysian di katogerikan kepada dua katogeri iaitu katogeri secara sah dan secara haram
Tenaga buruh merupakan aset kepada menjayakan projek pembangunan daripada perkembangan ekonomi Negara yang pesat dan kemasukan para pelabur untuk melabur bagi sesuatu projek pembangunan. Keadaan ini meningkatkan kadar pemperatusan peluang pekerjaan yang luas. Namun masalah timbul apabila Negara kita kekurangan sumber tenaga manusia daripada buruh tempatan. Bagi menampung masalah ini para majikan mengunakan agensi kerajaan dalam memenuhi pemintaan ini dengan mengaji para pendatang asing sebagai suatu alternatif menanggani kekurangan buruh projek di sesebuah syarikat yang dikendalikan.
Selain itu, kebanjiran pendatang asing berkerja di Malaysia telah memula mereka dalam melibatkan diri dalam persaingan perkerjaan yang berkreativiti dengan para buruh tempatan. Kewujudan persaingan dikalangan buruh ini meningkatkan buruh mahir dalam pelbagai kretiviti dan inovasi dalam perkerjaan
mereka dalam menghasilkan pekerjaan yang lebih bermutu. Oleh itu, masing-masing mencari ilmu dalam menghasil mutu kerja yang lebih berkesan dalam melahirkan diri mereka dalam sesuatu bidang kerja yang mahir dan mempunyai daya kemantapan pekerja di pertingkatkan. Manakala pada pandangan makro oleh masyarakat antarabangsa melalui stastistik kemasukan buruh asing ke Malaysia yang meningkat memberikan mengambarkan ekonomi sesebuah negara maju, berkembang dan mantap. Oleh hal demikian, negara kita ditafsirkan sebagai sebuah negara yang mampu berdaya saing dan dapat memenuhi permintaan terhadap sumber tenaga manusia.
Penyumbangan pembangunan hasil daripada kebanjiran pendatang asing dapat memberi nilai tambah kepada keadaan politik di negara kita. Penyaluran perkerjaan untuk bekerja dinegara kita melalui agensi badan kerajaan dan bukan badan berkerajaan (NGO). Keterjalinan hubungan diplomatik di antara kedua belah pihak dengan Negara yang terlibat contahnya Negara Malaysia mendapat bekalan sumber tenaga buruh daripada Indonesia melalui kementerian sumber tenaga dan manusia di kedua dua belah pihak. Keadaan ini melibatkan pembangunan politik dalam mendapat perkhidmatan terhadap sektor yang terlibat. Hubungan perjanjian dua hala ini dapat mewujudkan keeratan dalam memenuhi permintaan masing-masing.
Kesimpulannya, kebanjiran pendatang asing ke negara kita bukanlah fenomena yang tidak dapat disangkakan [Link] ini kerana kita sendiri mengetahuai faktor penolak dan penarik yang mewujudkan
kebanjiran pendatang asing untuk merebut peluang pekerjaan yang luas. Perkembangan dalam semua bidang dan projek terutama dalam pembangunan memerlukan tenaga buruh mahir yang menjadikan satu landasan pengiat terhadap sesebuah syarikat pelaburan pembangunan. Kehadiran mereka iaitu para buruh asing dapat membantu melancarkan perancangan projek besar dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Oleh itu tidak dapat dinafikan kehadiran para buruh asing dapat membantu dalam pelbagai pembangunan ekonomi ,sosial dan politik di negara kita.
[Link]
Kebaikan kemasukan pendatang asing
Kesan positif akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia Mempercepat proses pembangunan Negara. Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh khususnya dalam pembangunan infrastruktur, dan prasaran yang [Link] itu, kesemua ini perlu di bangun dalam masa yang singkat selaras dengan perkembangan [Link] usaha untuk mencapai misi tersebut,keperluan tenaga buruh diperlukan kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuan [Link] begitu,Malaysia menalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan secara tidak langsung menyebabklan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar dari luar seperti Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing yang bekerja sebagai tenaga buruh, maka proses pembangunan Negara akan berlangsung dengan cepat. Mengatasi masalah kekurangan pekerja terutama dalam sektor perladangan dan pertanian. Industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru, industri sawit perlu dikekalkan untuk terus berkembang dalam menjana pertumbuhan ekonomi ketiga bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara pada masa hadapan. Sejajar dengan itu, industri sawit wajar diberi perhatian khususnya dalam pertimbangan asas untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan bagi merancang kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan. Sekiranya tidak diberi perhatian, prestasi industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi negative terhadap pembangunan ekonomi [Link] begitu, Industri sawit dijangka akan menghadapi masalah pertumbuhan pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk menggerakkannya. Hal ini disebabkan kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran tetapi masih terhad di peringkat huluan. Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan menjadi faktor penting pada masa hadapan kerana dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di bidang pertanian, mahupun perladangan.
NAMA: Yuda Melisa Nombor Matrik: 203432 DPP: MAS
Bilangan kemasukan pendatang asing ke Malaysia saban hari semakin [Link] ini berlaku kerana hidup ataupun punca lain yang menyebabkan mereka perlu berhijrah dari negara asal. Walau bagaimanapun, hal ini juga memberi manfaat kepada Malaysia . Antara kebaikan akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia :
1) Pertukaran teknologi Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negera memperlajari dan memperoleh teknologi baru melalui program usahasama yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu . 2) Menaikkan imej negara Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu mempromosikan negara ke pentas dunia. Contohnya mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancong negara untuk terus berkembang . 3) Dapat meningkatkan produktiviti negera Kemasukan pendatang asing ke negara ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah dan secara tidak langsung dapat membantu negara meningkat lagi produktiviti yang sedia ada untuk keperluan global.
NAMA: Muhamad Azaharun Azaha bin Abd Aziz Nombor Matrik: 206458 DPP: TM
[Link]
Kebanjiran pendatang asing seringkali dikaitkan dengan globalisasi. Pertembungan budaya memang telah berlaku di seluruh dunia semenjak zaman nenek moyang hingga kini. Sebagai contoh, dalam tahun 2000, penduduk Asia telah melebihi orang kulit putih di San Francisco menjadikannya bandar raya kedua di Amerika yang majoriti penduduknya ialah penduduk Asia selain Honolulu. Mungkin kita boleh menyorot kembali sejarah bagaimana orang-orang cina dibawa ke Tanah Melayu untuk dijadikan buruh melombong bijih timah. Ini adalah salah satu contoh kesan globalisasi. Pendatang asing kelihatannya agak memonopoli sektor pekerjaan di negara ini. Perkembangan ekonomi dan pentadbiran politik di Malaysia menjadi faktor yang menarik perhatian pekerja asing. Kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing amat tinggi terutama dalam sektor perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan. Keadaan itu amat menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan juga pekerja asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain lagi. Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia mencari kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara mereka seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan negara ini syurga buat mereka. Maka, dasar kerajaan yang terbuka terhadap pengambilan pekerja asing telah menyebabkan mereka sanggup datang ke [Link] dalam masa yang sama dasar mengutamakan pekerja asing ini telah membuatkan peluang kerja kepada masyarakat tempatan
terutama golongan muda agak terhad. Seperti yang kita tahu, sektor pekerjaan warga asing tidak hanya tertumpu kepada sektor tidak professional iaitu buruh dan pembinaan malahan dalam sektor professional juga iaitu sektor sains dan teknologi. Apa yang dapat kita perhatikan di sini adalah sesuatu yang amat bercanggah antara satu sama lain. Sebagai warganegara Malaysia, bilangan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia dikategorikan sebagai lambakan yang menyebabkan ramai di antara mereka mengganggur disebabkan tiada peluang pekerjaan. Mengapakah perkara ini boleh berlaku?Adakah jauh bezanya kualiti yang terdapat pada mahasiswa dan mahasiswi berbanding dengan warga asing yang menyebabkan mereka seolah-olah tersisih untuk diambil bekerja oleh majikan?persoalan ini yang patut kita terapkan. Sebagai penuntut pusat pengajian tinggi, kerajaan menggalakkan kita untuk menerapkan kemahiran insaniah ataupun lebih dikenali dengansoft skill yang merangkumi aspek kemahiran berfikir secara kreatif, kemampuan untuk menginterpretasi idea dan kemahiran untuk berbahasa inggeris. Tetapi mengapakah masih ramai lagi graduan yang mengganggur?Adakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memantapkan graduan selama ini adalah sia-sia?Ataupun kita sebagai mahasiswa tidak berpijak di bumi yang nyata? Antara contoh mudah yang mendorong kerajaan untuk memberikan taraf kewarganegaraan tetap kepada warga asing adalah kerana kedua-dua mendapat kepentingan mereka sendiri. Warga asing
mendapat ganjaran di atas pekerjaan mereka dan kerajaan mendapat hasil di atas sumbangan mereka. Adakah kita sedar bahawa sekirannya perkara ini tidak dibendung, tidak mustahil tanah ini yang dibuka dan dimakmurkan oleh nenek moyang kita akan dihuni oleh warga asing yang langsung tiada kaitannya dengan kita. Inilah masalahnya kita sebagai bangsa melayu, kita hanya memikirkan kepentingan kita pada masa kini tanpa memikirkan warisan yang kita akan tinggalkan pada anak cucu kita pada masa depan. Mahukah anak cucu kita sebagai penghuni tanah yang indah ini merempat di bumi sendiri pada masa hadapan?sama-sama kita renungkan. Sebagai kesimpulan, kita pernah dijajah pada waktu dahulu dan sekarang warga asing kelihatannya memonopoli sektor kritikal. Mahukah kita ditindas oleh bangsa asing yang lain pula? Kedatangan mereka sukar dikawal dan globalisasi tidak boleh dielakkan, lantaran itu kita sebagai warga tempatan lah yang perlu bertindak memperkasakan ekonomi dan bangsa kita sendiri. Jangan harapkan warga asing ini dihalau balik ke negara mereka kerana hal ini tidak akan berlaku! Jangan mengaku kalah dan hanya menuding jari kepada pihak berkuasa atau warga asing ini. Bangunkanlah bangsa kita agar kita tidak merempat di negara sendiri.
[Link]
Pekerja Asing Antara Kepentingan Dan Keselamatan Negara
Secara umum, pengambilan buruh asing ke Malaysia adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sector sector tertentu dan bukan untuk diserap dalam pelbagai sector. Antara sector sector yang menghadapi kekurangan tenaga kerja adalah dalah bidang sector perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan. Di dalam ke empat empat sector tersebut sector perkhidmatan dan pembuatan mengalami kekurangan pekerja yang paling kronik. Transisi ekonomi Malaysia yang dari pertanian ke sector perkilangan telah meninggalkan kesan terhadap permintaan guna tenaga. Permintaan produktiviti yang dijana oleh buruh buruh asing telah menambahkan jumlah eksport negara dan seterusnya menyumbangkan kepada lebihan imbangan pembayaran. Pertumbuhan pendapatan eksport yang kukuh didorong oleh nilai eksport yang tinggi terutamanya yang disumbangkan oleh sector pembuatan. Kemasukan pekerja asing bukan sahaja memenuhi keperluan negara malah sumbangan mereka terhadap pertumbuhan ekonomi negara sememanglah amat di hormati. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Malaysia perlu mengurangkan pekerja asing tetapi takut ia akan menjejaskan industri yang berkenaan yang bergantung dengan mereka. Keadaan jelas menunjukkan Malaysia masih memerlukan tenaga kerja untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan memenuhi permintaan guna tenaga yang ada. Pertumbuhan ekonomi dapat menjadikan Malaysia sebuah negara Maju dan seterusnya membolehkan Malaysia terus bersaing dengan negara yang lain. Kehadiran mereka sedikit pun tidak menjejaskan inflasi dan kadar faedah malah dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dan mengekalkan ekonomi. Mereka tidak memberi impak dari aspek gaji dan pekerjaan terutamanya di kalangan generasi muda. Kebanyakkan mereka sanggup bekerja di sector yang kurang mendapat sambutan dari pekerja tempatan seperti pembinaan dan perhotelan. Peranan yang disumbangkan oleh pekerja asing adalah peningkatan KDNK dan perbelanjaan agregat adalah releven. Kemasukan buruh asing dapat meningkatkan nilai eksport negara. Akaun dagangan akan mengalami lebihan dan dapat membantu pertumbuhan ekonomi. Dari aspek ekonomi, kerajaan mengambil langkah dalam megawal kenaikan gaji buruh dan inflasi. Ini merupakan aspek utama dalam menuju kejayaan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan penggunaan wang yang banyak untuk membayar gaji atau upah kepada buruh asing.
Mereka tidak terlalu meminta gaji yang lebih dan tidak terlalu menghiraukan pendapatan yang mereka perolehi. Asalkan gaji yang diterima mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga di negara asal. Para majikan akan mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan kerana mereka tidak perlu menawarkan lagi kos untuk kemudahan social seperti tabung kebajikan pekerja, faedah perubatan, dan faedah faedah lain kepada pekerja mereka. Kebanjiran buruha asing yang tidak dikawal akan memberi impak negatif kepada ekonomi tempatan, kesejahteraan social, ancaman keselamatan negara, dan kestabilan politik. Lambakan warga asing tidak selari dengan rekod warga asing termasuk mereka yang berdaftar dengan agen pekerja asing. Kuatir nya lambakan warga asing akan mendatangkan implikasi buruk terhadap social, keselamatan dan ketenteraman awam sehingga menjejaskan imej di mata dunia. Kemasukan buruh asing secara besar besaran telah memberi kesan terhadap struktur upah daripada terus meningkat. Ini kerana kebanyakan buruh asing sanggup menerima upah yang kecil dan sanggup bekerja secara fleksibel. Jika fenomena ini berterusan kuatir ia akan mengekalkan Malaysia sebagai negara berorentasikan buruh murah dan akibatnya keinginan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju pada 2020 akan sukar dicapai. Pembayaran gaji yang rendah akan memberi manfaat kepada majikan kerana mereka dapat mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan syarikat. Ia akan memberi kesan negatif terhadap penetapan upah bagi pekerja pekerja buat jangjka masa masa yang lama. Penyertaan buruh asing dalam pasaran buruh sering tertumpu dalam sector pembuatan dan mengakibatkan buruh tempatan mengalami pengurangan gaji. Keadaan ini didorong oleh prinsip permintaan dan penawaran yang tidak seimbang. Tingkat harga dan gaji juga menurun apabila penawaran melebihi permintaan. Pekerja asing sanggup mengambil alih pekerjaan yang ditolak oleh rakyat tempatan kerana disebabkan factor gaji dan persekitaran kerja. Disebabkan ini, rakyat tempatan perlu menerima gaji yang sama dengan pekerja asing bagi mengurangkan risiko dibuang kerja. Kajian oleh Friedberg dan Hunt (1995) di Amerika mendapati bahawa 10% penawaran buruh akibat migrasi buruh asing ke dalam negara akan menurunkan kadar upah buruh sebanyak 0.3% di sector tertentu. Ini membuktikan persaingan yang rakyat tempatan perlu hadapi bagi menghadapi lambakan pekerja asing. Kebanjiran pekerja asing akan merendahkan upah pekerja dan membawa kepada pulangan pemilik modal yang akan terus meningkat. Jurang perbezaan pendapatan yang sangat besar dalam masyarakat dan membawa kepada konflik kepentingan.
Disebabkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, Malaysia dianggap sebagai negara pengimport utama buruh asing di Asia Tenggara. Kemasukan buruh asing meningkatkan pengaliran keluar mata wang. Daripada Januari 2008 Jun 2008, jumlah pengaliran mata wang ke luar negara adalah RM9.12 Billion dan dijangka akan berganda pada hujung 2008. Terdapat 2.1 juta pekerja asing yang berdaftar di Malaysia dan membawa keluar RM 720 per bulan. Jumlah ini tidak termasuk yang tinggal di Malaysia secara haram dan dianggarkan sebanyak satu juta orang. Kerajaan menganggap ia tidak memberi kesan ancaman kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan berdasarkan rizab yang dimiliki lebih banyak daripada jumlah pengaliran keluar. Pada jangka masa panjang ia akan menjejaskan ekonomi negara terutama dari aspek pertukaran mata wang dan memberi kesan terhadap nilai rizab negara. Kemasukan pekerja asing akan meningkatkan tahap kemiskinan negara. Pekerja asing menyumbang peratus kemiskinan di Malaysia. Kadar kemiskinan golongan termiskin bagi buruh asing bertambah dari 6% pada 1995 ke 9.9% pada 1999. Semakin ramai pekerja pendapatan sama atau kurang daripada golongan berpendapatan lebih dari garis kemiskinan. Ini secara lansung memberi kesan negatif terhadap taraf dan kualiti kehidupan di kalangan rakyat Malaysia. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan mendedahkan 80% daripada pekerja asing di sector perladangan dikesan pembawa virus HIV. Berdasarkan Agensi Dadah Kebangsaan, kebanyakan mereka adalah penagih dadah dan bukannya aktiviti seksual. Kehadiran pekerja asing menyebabkan kes kes jenayah. Kementerian Dalam Negeri menyatakan statistik bahawa 14,809 daripada 37,446 banduan di Malaysia adalah pendatang asing tanpa izin. Jumlahnya 28% dari kapasiti penjara penjara di Malaysia. Kerajaan juga menanggung RM11.6 juta pada2008 terhadap 60,800 PATI dengan kos perbelanjaan sebanyak RM30 sehari. Kos ini melibatkan kos pengurusan tidak termasuk kos kesihatan.
Sumber: [Link]